Saturday, April 08, 2017

Setianya ke Nerakajaya!


Image result for pak lebai
Dari parlimen ke kedai kopi
mimbar ke youtube
FB ke dalam kelambu
maki hamun
sumpah seranah
kafir mengkafir
bersilih ayat-ayat Quran
menjadi rutin harian
bangsa majoriti yang memerintah
berkuasa politik
sebagai budaya para pejuang
yang mahu memperkasakan
agama suci di bawah
perlembagaan sekular
mendaulatkan warisan penjajah
yang pecah dan perintah
atas nama demokrasi

Ramai penjaga pintu neraka
berhujah bersilat
memanggil musuh politik
dengan nama-nama jelek
babi, khadam, setan, biawak
seakan telah menghuni sorga
melontar fatwa
begitulah memperdagang agama
kerana dibelakang tirai
para politikus buncit gendut
bersongkok atau berserban
sama sahaja matlamat
tidur sebantal
liwat meliwat
sambil bermimpikan sorgajaya
demi survival
dan para pengikut
yang mati katak
setianya ke nerakajaya!

No comments: