Sunday, January 08, 2017

Aku Hanya Pemandu Uber


Image result for pemandu uber

Biliyon2 dari China
merentas ruang tanahair
ada tren laju Singapura ke KL
ada tren canggih ke Pantai Timur
ada Forest City
ada gateway Melaka
ada Bandar Malaysia
ada RAPID Pengerang
ada Pelabuhan Kuantan
ada China Dolls
ada pekerja2 Tanah Besar
bersama pekerja2 asing
gah membina kehebatan
ketuanan Melayu
wasatiyyah menepati Shariah
sebagai aras transformasi
ke negara maju berpendapatan tinggi
Truly World!
Aku masih di sini
rakyat yang terhibur
dipinggiran kotaraya
mendengar kehebatan projek
di media perdana
sesekali dalam WhatsApp
menatap jet mewah MO1
berligaran ke sana sini
sebagai pemimpin berjiwa marhaen
dan dimalam kegelapan
melihat menara kembar Petronas
dari kejauhan
setelah kehilangan kerja
dibuang oleh majikan GLC
disuruh bersyukur oleh politikus
kerana layak menerima BR1M
untuk berhutang Proton baru
sebagai pemandu Uber
membawa pelancung yang meriah
dengan kejatuhan ringgit
serta penghuni kota yang sama-sama
mencari rezeki kais pagi makan petang
dalam meneruskan kehidupan
yang semakin kesempitan!
Fudzail

No comments: