Thursday, December 10, 2015

Sajak: Retorik Gegar Vaganza



Dipentas perhimpunan
monolog siaran langsung
sang aktor politikus
pahlawan berkeris plastik
bercakap seorang diri
mengikut skrip penulis hantu
untuk hadirin bersorak
angguk angguk
mendengar pembohongan.
kusyuk bertaraf bangang.

Kata-kata bombastik
firman, hadis bercampur baur
slogan dan perlambangan 
menjadi kehebatan sureal
dalam seribu suasana hitam
tanpa menghirau di luar dewan
realiti ekonomi yang mengasak
menyesak dan menghimpit
kehidupan harian 30 juta warganegara.

Begitu kosmetik
busuk dan jelik
kemeriahan perjuangan perut
warlords yang kenyang
dengan segala perompakan
pembahagian khazanah negara
skandal demi skandal bertaraf dunia
diatas name ketuanan
untuk mereka pengkhianat
menjadi pejuang bangsa
yang wajib taat setia
sanggup mati katak
demi kepimpunan kurafat
biar keparat dan bangsat!

No comments: