Wednesday, December 09, 2015

Sajak: Percayalah Saya





Apa lagi kalian mahu tahu
percayalah
sumpah
saya tidak berbohong
saya tidak merompak
saya tidak bersalah
saya tidak kenal wanita Mongolia itu
saya tidak bunuh sesiapa
saya hanya masukkan derma
ke dalam akaun sendiri
untuk rakyat semata-mata.

Jangan dengar cakap mereka
pemecah belah bangsa
yang menfitnah saya
mengutuk di media sosial
membenci di ceramah 
kerana saya ini pahlawan
selain pemain golf 
suami mithali
bapa wasatiyyah
gigih siang malam bekerja
untuk rakyat dan negara
sehingga tidak lena tidur
dan tidak bercuti
25 jam menjadi abdi
kepada pengundi.100$


Tolonglah percaya
100% yakin sepenuh hati
saya bukan badut
saya bukan pengecut
saya bukan taghut
saya bukan diktator
saya bukan emperor bogel
hanya saya sayang isteri
sebagai permata hati
penasihat paling hebat
wanita penuh keramat
yang menjadi permaisuri
bertaraf wali!

No comments: