Monday, December 07, 2015

Sajak: Maharaja Lawak di Pentas Sarkis

Sapuman: Man of Steal




Ayuh tuan puan
kecil besar tua muda
warganegara atau imigran
jom kita angguk-angguk
tepuk-tepuk, sorak-sorak
mengikut skrip penulis hantu
program tv realiti taraf dunia ketiga
perhimpunan sarkis telah kembali
untuk menghiburkan kalian
tidak perlu bayar apa-apa
semuanya ditanggung beres
tajaan para warlords
yang ditaja para cukong
atas nama ketuanan.

Dengar dengar
patah-patah ucapan emosional
tentang bogeyman dalam kain
bangsat, bangang dan haramjadah
maka cium dan hidu puas-puas
retorik dari kentut politikus
pelbagai bau dan aroma
semuanya menjadi kombinasi
bersatu bersetia merompak
bohong membawa bahagia
selagi berkuasa penuh
dengan akta drakonian
segalanya baik belaka
jangan kutuk atuau kritik
politikus sebagai idola
itu mencari nahas
boleh hilang semua sekelip mata
dan menjadi pengkhianat
agama, bangsa dan tanahair

Kemucak persembahan sarkis
sang maharaja lawak berpidato
anugerah demokrasi kepada rakyat
yang sentiasa didahulukan bebanan
menjadi emperor bertopeng dewa
dengan baju baru bertatah emas
dari sutera halus buatan PATI
sehingga nampak semuanya
kebogelan paling hodoh
memualkan dan menjengkelkan
sepanjang sejarah negara!

No comments: