Thursday, December 10, 2015

Sajak: Lamaran Politik Ketuanan






Dipentas terbuka
kesekian kali terus terang
lamaran merentas ruang
untuk sebuah perkahwinan politik
mengikat siratulrahim
antara sekular dan ulamak
antara songkok dan ketayap
antara jaket dan jubah
bersatu dalam barisan
bersatu sebagai perpaduan
solidariti ummah menegakkan
survival ketuanan
yang nyawa-nyawa ikan.

Lupakan segala skandal
perompakan dan pembohongan
semuanya halal dan menghalalkan
asalkan ketuanan terpelihara
kepimpinan bangsatwan tetap berkuasa
dengan wasatiyyah dan maqasid syariah
perjuangan perut dan perjuangan hudud
saling bersimpulan kasih sayang
saling bertatahkan wang ringgit
kerana sama-sama berpimpin-pimpin
menuju Sorgajaya kebangsaan
dari kuasa di Putrajaya!

No comments: