Wednesday, December 09, 2015

Sajak: Kentut Perdana

Najib Tun Razak ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor melambaikan tangan kepada para perwakilan


Siaran langsung dari ibukota
politikus dan perwakilan
bersidang tahunan parti
bersatu bersetia lagi
untuk kentut dan kemut
dramatik sehebat Bollywood
sebagai simbol ketuanan
bertaraf antarabangsa
menuju wawasan negara maju
dengan meriah kentut perdana
mengisi agenda survival.


Pelbagai bau kentut
retorik tengit tanpa batas
lawak bodoh tidak kelakar
janji palsu beraneka bunyi
sebelum terburai dari perut
pengisian perjuangan songsang
kenyang dengan perompakan
kesundalan kepimpinan
sehingga bersepah-sepah
najis dibuntut ayam berkokok
jaguh kampung bersorak terus
walau kampung tergadai
dan akhirnya semuanya sekadar
mimpi ngeri generasi kemudian
yang mahu kencing berlari
memaki hamun tanpa henti
di kubur-kubur mereka yang mati
sebagai muflis dinegara sendiri!

1 comment:

Sabihah Ghazali said...

Bila jemblang dan puaka dibiarkkan berkuasa dan bermaharajalela - maut juga halal ke atas mereka!
Jom seru semangat Tuanku Sultan Johor untuk meTunPerakan semua ahli keluarga sePengkhianat Rakyat dan Negara sebelum mereka terbang dan lari dari dakwaan dan hukuman!
Apabila tiada waris yang boleh menerima kekayaan haram mereka baru tahu dunia ini Allah yang punya!
Apandi dan Zeti mesti berani bertindak setelah KevinMorais dibunuh mempertahankan Rakyat dan harta kekayaan Tanah air tercinta!