Thursday, December 03, 2015

Sajak: Kebaculan Perdana



Barangkali pahlawan itu
bergegar mengangkat keris
dengan sumpah keturunan
sekadar dipentas sandiwara
berdrama hebat 
sumpah seranah
maki hamun
semuanya syok sendiri
berbohong dan merompak
tanpa malu dan peduli
asal sahaja minion kaki ampu
ketua-ketua bahagian 
yang terus kenyang
dan menjadi bangang
bersorak menyokong
sama-sama berak dan kencing
rakyat yang mahu diperbodohkan
demi agama, bangsa dan tanahair.

Di parlimen
terserlah kebaculan perdana
politikus pun menikus
walau kunun pemimpin mega
kawan golf presiden dunia
pahlawan serba hebat
wasatiyyah dan maqasid syariah
tiba-tiba hanya badut sarkis
maharaja lawak tidak kelakar
tetap menghantar macai
menjawab seribu persoalan
terus bersembunyi 
dibawah skirt isteri!

No comments: