Friday, December 11, 2015

Sajak: Defisit



Bukan sahaja defisit moral
malah defisit kewangan
sebuah parti yang hebat
menerima derma peribadi
bilion-bilion sebagai dana
dari para dermawan Arab
untuk perjuangan perut
kabi;ah bani Melayu
yang terus meriah
dengan kesetian membabi buta
mazhab politik sumbang 
seakan tidak akan tumbang
terus berkuasa jalang
diatas ketuanan malang.

Bertempik berdegar-degar
memaki hamun menjerit-jerit
meraikan kejayaan bangsa
yang terus menjadi  jenaka
statistik caca merba
terus ketinggalam pelbagai bidang
walau enam dekad memerintah
dan menyalahkan orang lain
sebagai musuh tegar
takut dengan bayang-bayang
hantu yang mengejar puaka
barisan aktor kepimpinan 
yang tidak henti kencing
dibalik topengan wira hebat
hanyalah hodoh pengkhianat
status keparat dan bangsat!

No comments: