Saturday, December 12, 2015

Sajak: Debu-Debu di PWTC



Kuala Lumpur tidak hujan
hanya debu-debu berterbangan
dari suara-suara bising
setahun sekali perhimpunan
sebagai ritual perlembagaan
aksi dan reaksi mengikut skrip
jangan sekali melawan tokeh
hanya memuji-muji
sang pahlawan tanpa pakaian.

Seketika ini
negara pun menjadi aman
tiada jenayah berlaku
apabila perompak, pencuri, penyeleweng
pembohong dan pemeras ugut
bersatu memeriahkan suasana
dalam wajah-wajah bertopeng
dan selepas perhimpunan
kondom-kondom bersepahan
membawa jenama pelbagai DNA
sebagai simbol kejayaan
ketuanan tanpa moral!

No comments: