Thursday, November 26, 2015

Sajak: Setahun Ini, 2015





Yang merudum bersama Ringgit
kejatuhan harga minyak 
pakatan berpecah-pecah
yang makin naik dengan GST
inflasi, tol dan tarif tenaga
hutang negara dan pembaziran
terus tidak lekang dan bosan
skandal demi skandal
1MDB menjadi ibu segala skandal
kehebatan perompakan global 
selang seli baju kuning baju merah
meriah pecah dan perintah
mewajah perspektif hitam putih 2015
porah tahun wasatiyyah
parah ekonomi dan moral.

Walau satu dunia telah tahu 
pembongkaran merentas planet
bilion keluar masuk
transit dalam akaun peribadi
pahlawan yang menghunus keris
disamping Hang Jolo dan Hang Kekanda
gah bertelanjang dan kencing
maharaja lawak bertaraf wala
di singgahsana tahi
tetap status quo
selagi menjadi rakan golf
dengan ketua polis dunia
demi kedaulatan TPPA.

2015 menjadi tahun yang hilang
bersama generasi yang sesat
antara pilihan dan matlamat
politikus bermain sarkis di parlimen
sama sahaja mereka
hanya mahu kuasa
dibawah demokrasi terpimpin
maka apakah sebelum PRU 14
ada harapan baharu
atau sekadar mimpi basah
melihat politikus beronani
sambil memnghitung hari-hari 
negara menuju kemuflisan!

No comments: