Monday, November 09, 2015

Sajak: Di Mahkamah Duniamu






Di Mahkamah Duniamu

Kuasa dan segala pengaruh
bernaung ditelapak kakimu
tentunya nampak gah dan hebat
sureal singgahsana keparat
dalam sebuah dunia hipokrasi
merentas feudalisme yang bobrok
menjadi simbol kedurjanaan
berhala yang petah bertitah
mengikut nafsu dan perut.

Kau boleh lakukan apa sahaja
undang-undang sekadar alat
penguatkuasan menjadi anjing suruhan
dipergunakan mengikut agenda
matlamat menghalalkan cara
hukum hakam menjadi permainan
maka di mahkamah duniamu
keadilan sekadar percaturan
yang menjahanamkan shariah
kau menjadi polis, penyiasat
pendakwaraya dan hakim
malah mulia bertaraf wali
semuanya sandiwara
adegan satu kepalsuan
pembohongan tanpa sempadan
maka macai-macai tanpa maruah
bertuhankan wang dan harta
terus menjadi munafikin
bersyubahat dengan kezaliman
atas nama kedaulatan adat
legasi keturunan tanpa maruah!

No comments: