Sunday, November 22, 2015

Psiko : Menang Anugerah Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2014

Alhamdulilah

Cerpen 'Psiko' yang baru menerima anugerah Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-Exxon Mobil ke 30, menerima anugerah kedua diperingkat nasional.

Cerpen Psiko disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia 8 Jun 2014.

Ini adalah Hadiah Sastera Perdana Malaysia kali ke empat buat saya, dan kali ke 3 berturut dari tahun 2012! Kali kedua cerpen saya, setelah 'Protes Kari, Kepoh Ferrari' menerima dua hadiah sastera Perdana dan Utusan serentak.

Dan anugerah sastera kali ke 16 setakat ini.

Penyampaian hadiah pada 25hb November oleh Perdana Menteri Malaysia.

Penghargaan kepada pihak penganjur dan semua hakim yang membuat pilihan.

Tidak lupa kepada isteri, anak-anak yang memberi dorongan, ibu dan adik beradik serta anak-anak saudara, keluarga, kawan-kawan juga peminat-peminat cerpen saya yang memberi sokongan.


Tiga buah buku terbaharu saya akan berada dipasaran tahun hadapan, inshaAllah.

No comments: