Friday, October 23, 2015

Sajak: Mensejahtera Survival Perompak







Itu bajet punya cerita
defisit dengan gula-gula
tidak perlu derma Arab
atau transaksi pusing-pusing
peleburan bilion-bilion wang rakyat
semuanya atas angin
masih bergaya politikus
Santa Claus berbaju Melayu
bercakap macam orang baik
entah mana cekup duit
entah mana bocor dana
teruslah strategi mensejahtera
survival para perompak
yang ketawa berlari
dengan jet peribadi kerajaan
tidak lagi malu sembunyi
masuk akaun bank pesisiran pantai
di Cayman Islands

Berdegar-degar bunyi tong kosong
bergema di parlimen gersang
berkokok ayam kampung
dengan tahi di buntut
bersilat dengan kata-kata
bermadah dengan retorik
kitar semula resipi basi
Cash is King
semuanya OK
I help you
You help me
jom sama-sama
menjadi maharaja lawak
yang muflis dan bangsat
di Sorgajaya!

Wednesday, October 21, 2015

Cerpen 'Psiko' menang hadiah utama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil 2014

Mohd. Noordin Abbas (enam dari kiri) dan Ernest Miller (lima dari kiri) serta Ku Seman Ku Hussain (l


HSKU-ExxonMobil 2014 merupakan pengiktirafan kepada para penulis yang karya mereka disiarkan dalam majalah dan akhbar terbitan Kumpulan Utusan.
Pertandingan yang sudah memasuki tahun ke-30 itu tidak me­mer­lukan penyertaan daripada pe­nulis sebaliknya karya mereka dipilih dan dinilai oleh panel juri.
Karya-karya pemenang diadili oleh sekumpulan panel penilai yang dipengerusikan oleh Prof. Mad­ya Dr. Hashim Ismail, Dr. Mohd. Hanafi Ibrahim, Dr. Pabiyah Toklubok@Hajimaming, Wan Norlidza Wan Mohd. Zain, Che Abdullah Che Ya, Dr. Norhayati Abdul Rahman, Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin dan Zainal Palit.
Pada majlis penyampaian ha­diah itu, bagi kategori Cerpen, tiga pemenang berjaya membawa pulang RM3,000 iaitu Zaniffa Azzura Abdullah dengan karya Bara Sang Suri, Ratna Laila Shahidin (Hingyaku) dan Mohd. Fudzail Mohd. Nor (Psiko).