Monday, September 28, 2015

Sajak: Truly Asia di Petaling Street



Hebat promosi pelancungan
dari niat pelencungan
menutup mega kemaluan
kebobrokan dan perompakan
yang bertaraf glokal dan global
setelah samseng baju merah 
yang diupah dengan derma
tidak jadi mengamuk
tidak bersilat mempertahankan 
maruah politkus bangsat.

Satu planet kenal 1MDB
jenama yang semakin mahal
dengan hutang berbilion
akibat agenda syok sendiri
transaksi penuh skandal
penggubahan wang haram
memamah maruah negara
dan baju merah terus bebal
bodoh sombong tak boleh diajar
dengan bermain rasisme
senjata terakhir yang berbahaya
matlamat survival  menghalalkan cara
pecah dan perintah
sehingga mencemarkan duli
sebuah suasana truly asia
di Petaling Street!

No comments: