Tuesday, September 22, 2015

Sajak: Tidak Mahu Bersatu



Sama ada 2.6 bilion baju merah
atau 3 juta ahli parti
bercampur pendatang tanpa izin
berarak dan mengamuk
dalam kelambu atau di jalanraya
mempertahankan para perompak
yang bertaraf politikus warlord
kami tidak mahu bersatu
sama-sama terbangsat
masuk dalam lubang kubur
dikencing generasi kemudian
yang hilang segalanya.

Kau boleh terus berlagak
secara retorik atau bersilat
mengangkat keris 
sebagai pahlawan kuno
berbohong, merompak dan sembunyi
dibelakang macai berbayar
atau dibawah skirt isteri
bertahan dengan perisai bangsa
tembok perundangan drakonian
melalui pendakwaan terpilih
mengikut kepentingan diri
tetap kami tidak mahu bersatu
sekadar menghalalkan cara
dosa-dosa hipokrasi
dan segala kebobrokan.

Bersatu untuk survival
dengan pelbagai slogan palsu
propaganda membalut bangkai
noda kabilah elit yang korup
kaya raya dan mewah
dengan perompakan siang hari
adalah pembodohan minda
kebangangan perjuangan mandul
sampa bila pun
kami tidak mahu bersatu
sekadar untuk mati katak
diatas nama ketuanan!

No comments: