Saturday, September 05, 2015

Sajak: Sepuluh Kosong







Berapa juta rakyat Malaysia
yang main bola
apalagi peminat tegar
tidur makan minum bola
mengikuti dari liga tempatan
ke liga benua eropah dan amerika
sebagai rutin tahun demi tahun
membuang masa dan wang
seakan bola itu agama kedua
selepas politik kotor
yang menjadi budaya sekular
kehidupan hipokrasi.

Bilion telah dibelanjakan
tajaan dan peruntukan
memajukan sukan bolasepak
dengan liga termahal
pemain-pemain impot
semuanya masuk longkang
ranking terus terkangkang
tiada lagi Mokhtar Dahari, Arumugam
Soh Chin Aun, Santokh Singh
kemantapan gandingan 1Malaysia
cemerlang, gemilang, terbilang
setelah era bermain untuk negara
dihapuskan oleh komersialisme
profesional syok sendiri
glamour entah apa-apa
dibawah pengurusan haprak
politikus dan bangsawan
para elit yang berkokok
sebagai jaguh kampung semata-mata.

Sepuluh kosong
rekod kekalahan terburuk
akan terus menjadi aras tanda
imej negara yang tercemar
kejatuhan nilai semangat juang
bukan sahaja kepimpinan korup
kebobrokan kerajaan minoriti
tetapi juga kemerosotan minda
kemelesetan patriotisme
dalam sukan yang bertaraf agama
dikalangan pemain dan pegawai
yang kaya dengan wang ringgit
tetapi muflis dengan keunggulan!

2018 Fifa World Cup qualifying: UAE put 10 past hapless Malaysia

Khalil and Mabkhout score 7 between them as Whites run riot in Abu Dhabi World Cup qualifier
Image Credit: AFP
UAE's players celebrate after scoring a goal against Malaysia

1 comment:

Sugaanraj said...

nice bro..spot on.. thats how we as malaysians feel nowadays about our football