Saturday, September 12, 2015

Sajak: Konspirasi Antarabangsa





Tuan-tuan dan puan-puan
sama ada sokong atau tidak
rakyat yang membayar cukai
dan menanggung saya
sebagai politikus perdana
percayalah
saya merayu
percayalah dengan nama Tuhan
derma yang masuk akaun peribadi
semuanya untuk parti
satu sen pun saya tidak belanja
untuk kepentingan sendiri dan famili
percayalah
saya bersumpah berkali-kali
tidak kenal model itu
yang ditembak dan dibom
oleh pengawal saya
apalagi bertemu mesra
di mana-mana
mimpi atau realiti
kerana saya suami mithali
tiada hanky panky
setia hanya pada isteri
taat sampai mati.

Percayalah, tolonglah
jangan jadi terbangsat
bila saya bukan lagi memanda
percayalah saya
jangan dengar sosial media
percaya hanya media perdana
saya bukan pengkhianat
tidak menggadai negara
bukan kaki kelentong
jauh lagi berbohong
saya berjiwa wasatiyyah
hidup sekadar ada
makan gaji seadanya
mana ada simpanan bilion-bilion
di Cayman Islands atau Singapura
tidak juga di Switzerland atau UAE
semua itu fitnah akhir zaman
gerakan konspirasi antarabangsa
mahu menjatuhkan kerajaan Melayu
didokong puak yahudi dan nasrani
dengki melihat kejayaan saya
sebagai pemimpin Islam suci
yang bermain golf dengan Obama.

Percayalah
jangan jadi bangang
haramjadah dan terbangsat
berdosa kalau menuduh saya
dengan pelbagai fitnah
kerana tiada bukti apa-apa
untuk mensabit penuduhan
selagi saya berkuasa
selamanya saya mempertahankan
survival parti dan diri
diatas nama ketuanan
yang semakin terancam
dan menjadi asakan dendam
konspirator dalam selimut
dan media luar negara
yang tidak henti-henti
dengki dan iri hati!

2 comments:

siti ainiza kamsari Kamsari said...

Salammmmmm en Fudzail!
Makanya tak siarkan ke sajak ini di mana2, Facebook misalnya?

Mohamed Fudzail said...

Salam

Di TMI