Thursday, September 10, 2015

Sajak: Ketotokan



Parti hanyalah wadah
bukan agama suci
untuk terlalu taksub
sehingga menjadi penakut
sekadar yes man
hero yang tak menjadi
rupa-rupanya tarat badut
tiba-tiba telurnya kecut.

Negara dalam krisis dan kemelut
politikus elit semakin mengarut
bohong merapu dan merompak
berkuasa angkuh dan bongkak
seakan negara tercinta ini
milik peribadi ahli parti
matlamat menghalalkan cara
demi survival individu penderhaka.

Kesetiaan hanya kepada negara
bukan politikus atau parti
biar mati sebagai pejuang
jangan mati katak terbuang
ketotokan melulu tiada harga
cakap tak serupa bikin
memalukan bangsa sahaja
berundur di medan perjuangan

Kau dengan ketotokan
tiada apa-apa penyelesaian
sekadar sandiwara lakunan
senyum dan bersalaman
demi perpaduan kosmetik
sama-sama bersyubahat
terus menganiaya rakyat
yang berkuasa keramat!

No comments: