Monday, September 07, 2015

Sajak: Jerangkung Dalam Kabinet






Dalam kabinet half past 6
ada jerangkung dan kangkung
ada badut sarkis
ada perompak mega
ada pengampur dan pembodek
ada yang bangang
ramai yang terkangkang
kerana kesetiaan melebihi 
indeks kecerdikan umum.

Suara-suara dari kabinet
jerangkung bertopeng politikus
melontar pelbagai kenyataan 
keluar dari minda kosong
seakan pertarungan dan aksi
maharaja lawak tanpa kelas
memilihsiapa paling bodoh
untuk menjadi bahan ketawa
diperlekehkan sebagai troll
ikon kecacatan intelektual
hanya boneka dan patung
mengikut apa sahaja arahan
kepimpinan tanpa meritokrasi
yang semakin telanjang
oleh kecurangan amanah!

No comments: