Tuesday, September 29, 2015

Sajak: Demi Negara






Main golf dengan Obama
nun di Hawaii
jutaan ringgit nilainya
percutian percuma
semuanya demi negara
menjadi mantra kitar semula
yang menambah luka duka
buat marhaen mangsa banjir
berpindah randah dalam kecemasan
yang tentu tidak seronok-seronok
naik jet mewah milik rakyat
bergaya dan bershopping
semuanya demi negara.

Apa lagi demi negara?
Dana derma dalam akaun peribadi
transaksi global 1MDB
memsabotaj penyiasatan 
menyokong rusuhan baju merah
rasisme dan puakasisme
menutup segala perompakan
pembohiongan dan penyelewengan
demi negara?

Kau cakaplah apa sahaja
demi negara
atau demi perut
mahupun demi isteri
kami hanya mendengar
dengan kejelekan terlampau
dan termuntah darah
bagai minum racun
untuk mati katak
pun demi negara!

No comments: