Wednesday, September 23, 2015

Sajak: Berkorbanlah Pahlawan Bugis!





Hari Raya Korban
tiap tahun berpanjangan
ibadah penuh keberkatan
haiwan-haiwan dikorbankan
maka meriah para dermawan
sama ada dengan derma 2.6 bilion
atau marhaen bersedekah kecilan
termasuk 539 ekor lembu di Pekan
meraikan sokongan kepimpinan
sebagai simbol pengorbanan
kekal merentas zaman.


Mungkin lebih berkat
untuk negara dan rakyat
Pahlawan Bugis handalan
terkenal satu galaksi
dengan pelbagai skandal
kebobrokan bertaraf global
perompakan dan penyelewengan
pembohongan dan pemborosan
siri penggubahan wang haram
berkorban penuh tawaduk
segera turun singgahsana
sebagai marhaen biasa
yang insaf bertaubat
menghabiskan sisa usia
kalau tidak sebagai pelarian
mungkin sebagai banduan
tanpa penghormatan.

Berkorbanlah Pahlawan Bugis
berkorbanlah seperti pejuang masa lalu
bukan Marcos atau Suharto
bukan juga seperti
539 ekor lembu di Pekan
tetapi sebagai manusia
yang takutkan Tuhan!

No comments: