Thursday, September 10, 2015

SAJAK: BAJU MERAH, KALIAN MARAH SIAPA?






Kebengongan dari emosi dangkal
menduga gelombang sejengkal
kemarahan sependek akal
memalukan persepsi global
mencambah racun kebencian 
seakan itulah suci perjuangan
setelah 58 tahun kemerdekaan
apakah terlalu serius ancaman
pada hak ketuanan
apabila barisan kepimpinan
kuasa politik dan pentadbiran
dari atasan ke bawahan
masih majoriti keturunan
sama bangsa satu Tuhan.

Mengapa tiada kemarahan
untuk demonstrasi walau satu jam
protes segala kebobrokan
perompakan mega dan pembohongan
bilion dana bangsa di selewengkan
atas nama pembangunan
DEB yang menjana kronisme
rasuah memamah masa depan
beban anak cucu membayar hutang
setelah segala kecurangan jalang
para politikus hipokrit tetap kenyang
tidak mengapa bilion masuk akaun
cakap sahaja itu sedekah dermawan
jangan sekali persoalkan
wajib percaya bulat-bulat
selagi suci parti keramat
kaki kencing, pembodek dan penjilat
membuncit, sedawa kekal selamat.

Merah mewarna marah
menang dalam kalah
tetap kebodohan terserlah
benar atau salah
perundangan bukan kepunyaan
untuk penyokong kerajaan
bebas melakukan apa sahaja
para penguasa pejam mata
terus berpura-pura
tiada apa-apa
kerana kami berkuasa
rakyat ada apa
maka hebat baju merah
menjadi pseudo Hang Tuah
simbol segala yang salah
ketaksuban wawasan baiah!

No comments: