Sunday, September 06, 2015

Sajak: Baiah



Perjuangan demi agama
atas nama agama
politik agama
sering pula menggadai
agama itu sendiri.

Nilai syahadah
rukun Islam
rukun Iman
ibadah
adalah kehidupan sementara
manusia memiliih jalan
hidayah atau dakyah
ke syurga atau neraka.

Prioriti dalam politik
adalah kuasa
menang pilihanraya
menjadi kerajaan
menentukan arah negara
bukan retorik semanis janji
propaganda dan kilauan manifesto
dibawah dakwah syok sendiri
apabila agama menjadi pertaruhan
agamawan bertaraf politikus
politikus berlakun agamawan
semuanya terlalu hipokrasi
menggelirukan, menghitamkan
kefahaman kemanusiaan
yang hanya mahukan kesejahteraan
keadaan lebih baik
untuk kehidupan semasa.

Kemusnahan perjuangan
politik agama atau sekular
bermula dari permulaan sumbang
bagai baiah yang merampas
hak-hak keadilan
hanya kerana ketaksuban
kepada parti 
para politikus agamawan
agamawan politikus
yang mempergunakan agama
sebagai topeng berwajah-wajah
memancar kesucian palsu
dalam bayang-bayang jalang
di fatamorgana!

No comments: