Wednesday, September 02, 2015

Malulah Kamu, Malulah Kami




Sajak: 
Malulah Kamu, Malulah Kami 
(Muka depan Utusan hari ini)

Malulah kamu
perdana menteri Melayu
beragama Islam
cakap bohong dan kencing
ahli parti dan rakyat
merompak dan menyamun
bilion masuk akaun sendiri
kunun-kunun derma orang Arab
eh, itu hadiah untuk lawan ISIS
eh, jangan tanya apa-apa
dengan polisi wang itu raja
rasuah sana sini sebagai budaya
berlakun macam ulama jadian
maksum dan ada kelas lagaknya
dari keluarga bangsawan
berdarah keturunan pahlawan Bugis
rupa-rupanya haprak dan bangsat
tidak tahu malu dan peduli
terus mempertahankan kuasa
dengan apa sahaja yang boleh
matlamat menghalalkan cara
demi survival ketuanan elitis
dan tidak bergelar banduan
dihukum seadil-adilnya..

Malulah kami
rakyat yang tidak berdosa
satu dunia mempertawakan
drama sinetron komedi tidak lucu
perdana menteri penuh skandal
dikelilingi badut-badut bodoh sombong
disanjung ahli-ahli parti kebangsaan
yang semakin menjadi bangang
dengan rasuah BR1M setahun sekali
ugutan ancaman bogeyman
konspirasi Cina dan Yahudi  
walau semuanya sudah terbongkar
bilion-bilion dirompak siang hari
keborosan dan kemewahan haram
pasangan dan keluarga perdana
tetap kena bayar GST 
makin lama makin miskin
menanggung kemelesetan ekonomi
kenaikan inflasi
kejatuhan ringgit
terus terkorban dan berkorban
mangsa kebuasan nafsu kepimpinan 
politikus di dahulukan
kroni diutamakan
sama-sama bertaraf muflis
dengan hutang negara
dan hutang 1MDB.

Malulah kamu
media perdana Melayu
terus membohongi bangsa
propaganda hipokrasi berzaman
walau 6 abad kemerdekaan
masih rentan dan kurang upaya
mempergunakan rasisme
pecah dan perintah
seakan musuh utama negara
adalah rakyat yang patriotik
yang berani mengkritik
turun memprotes di jalanraya
apabila semua saluran demokrasi
ditutup dan dibangsatkan
seakan dibawah diktator mutlak
memijak keluhuran perlembagaan
merobek kedaulatan undang-undang
sehingga semua institusi 
menjadi saya yang menurut perintah
hamba kepada pengkhianat wahid!

Fudzail

No comments: