Sunday, August 23, 2015

Sajak: Terbangsat



Retorik dalam tempurung
bogeyman terus mengepung
Yahudi, ISIS, pembangkang
aisehman, kipidap jalang
semuanya salah musuh
luar atau dalam selimut
selagi elit ketuanan haprak
belum habis sapu merompak.

Yang terbangsat itu
pembohong nombor satu
siang malam menipu
kencing sepanjang waktu
keluar mulut terus merapu
penyokong sendiri  jadi keliru
versi bombastik wasatiyyah kelabu
transformasi lucah dalam kelambu.

Kami tidak mungkin bangsat
tanpa parti yes man yang khianat
negara yang semakin bangkrap
dibawah kepimpinan korup
cukuplah 6 dekad main wayang
propaganda tunggang langgang
kalian hanya bertaraf penjenayah 
hari-hari rakyat sumpah seranah!

1 comment:

ummuaimi said...

i loike. Ya Sheikh lama sudah tidak dengar berita sehinggakan Anidah sendiri gempar mahukan no tel Sheikh untuk dihubungi... welcome back