Saturday, August 22, 2015

Sajak: Patriotisme 101



Seorang individu bangsat
sebuah parti korup
pelbagai institusi keparat
yang menguasai pemerintahan
bukan bertaraf negara
yang mesti dipertahankan
terus dimuliakan
sepenuh kedaulatan dan maruah
dengan apa jua harga
darah dan airmata
simbol pengorbanan sejati.

Patriotisme 
bukan meriah membabi buta
setia tanpa logikal
memegang poster I love PM
atau pada ritual kitar semula
sekadar pengisian superfisial
mengisi ulangtahun sambutan
kemerdekaan yang semakin
sekadar bayangan semangat
dalam penjara pelbagai akta
mengekang kebebasan berfikir
untuk menyekat kemajuan rohani..

Kepedulian kepada ruang
keprihatinan kepada alam
keadilan untuk kemanusian
ke arah satu matlamat
wawasan tanpa prejudis
tanpa diskriminasi 
dibawah naungan perlembagaan
adalah patriotisme yang hilang
oleh hipokrasi politik ketuanan
merantai perjuangan demi kuasa
demi survival individu dan parti
dan segala kebobrokan
yang menjahamkan negara!

Fudzail

1 comment:

Sugaanraj said...

nice bro.. very nice indeed..