Thursday, September 11, 2014

Kumpulan Puisi: NAFAS EKSPATRIAT di pasaran

Kumpulan Puisi: NAFAS EKSPATRIAT

Kumpulan Puisi: NAFAS EKSPATRIAT

Kumpulan Puisi: NAFAS EKSPATRIAT

FudzailRM 20.00 / RM 25.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN: 9789674306502 
Tahun terbit: 2014
Jumlah muka surat: 148
 
Beli sekarang ›
Nafas Ekspatriat ini ialah himpunan 99 buah sajak yang dihasilkan pengarang dalam tempoh lebih kurang sedekad. Sajak-sajak ini merupakan rentetan catatan dan rakaman pengarang sebagai sang kelana yang sebahagian besar usia dewasanya melanglang ke segenap buana, sama ada bermukin sebagai ekspatriat atau bermusafir sebagai wisatawan. Dalam perkelanaannya - sejak bergelar mahasiswa hinggalah kini bergelar ekspatriat-usahawan- apa-apa yang mengusik lantai perasaannya, daripada yang peribadi sampai kepada yang menyinggul dunia, dicatatkan dan dirakamkannya. Beliau kemudia melukiskannya dalam bentuk kata-kata yang dalam pelbagai nada - daripada bernada melankolis dan romantis sampailah kepada bernada sinis dan protes. Yang teristimewanya, sebahagian besar sajaknya menyinggul realiti semasa, yang dengan demikian dapat membuka mata dan minda khalayak pembaca tentang pelbagai ragam dan ragi kehidupan. Maka kumpulan puisi yang merentas masa sedekad ini muncul sebagai segelung hadiah unik dalam khazanah sastera negara. 

No comments: