Tuesday, September 02, 2014

Kolum FAJAR ARABIA: : Budaya Pembaziran Ramadan

majalah i - September 2014




Kolum : Fajar Arabia
Oleh: Mohd Fudzail bin Mohd Nor
Tajuk: Budaya Pembaziran Ramadan
Sepanjang 15 tahun berada di bumi Jazeera, salah satu aktiviti kegemaran dalam bulan Ramadan ialah berbuka puasa atau iftar bersama dengan jemaah di masjid-masjid serata UAE.
Selain bersama warga Malaysia di hujung minggu, tidak dilepaskan peluang untuk iftar dengan pelbagai warga ekspatriat sambil mencari pengalaman baharu, dan menambahkan rakan-rakan.
Dalam bulan Ramadan, waktu kerja di sektor kerajaan dan swasta dikurangkan. Dalam jam 2 petang semua jalan utama kesesakan apabila pekerja sektor awam berebut-rebut untuk pulang awal. Selepas itu dari pukul 3 ke 4 petang, pekerja sektor swasta memenuhi jalan raya.
Ketika itu juga, ratusan ribu buruh pulang dengan ribuan bas. Tahun ini oleh kerana Ramadan dalam musim panas, kerajaan UAE tidak membenarkan buruh bekerja selepas jam 2 petang sehingga iftar. Denda kepada majikan yang ingkar adalah 100,000 Dirham untuk setiap pekerja yang ditangkap bekerja selepas jam 2 petang.
Di UAE, kesemua restoran tidak dibenarkan untuk menjual makanan kepada pelanggan di premis sepanjang hari sehingga iftar, kecuali untuk dibawa pulang dan penghantaran.
Yang meriahnya, hampir kesemua masjid mengadakan majlis iftar termasuk memasang kemah-kemah besar untuk menampung jemaah. Kemah-kemah juga dipasang di padang terbuka yang bukan kawasan masjid.
Hidangan iftar ditaja oleh pelbagai pertubuhan kebajikan, syarikat serta orang perseorangan. Ada masjid seperti Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi menyediakan hidangan untuk 15 ribu orang setiap hari.
Menu yang biasa adalah nasi beriyani ayam atau kambing selain buah-buahan, susu laban dan pelbagai minuman dalam kotak. Para sukarelawan terdiri daripada pelbagai bangsa membantu dan ada juga masjid yang menyediakan pekerja khas
(Sila beli majalah i - September 2014)

No comments: