Sunday, February 09, 2014

Sajak Dari Dewan Sastera Februari 2014



Ukiran di Landskap Realiti


Ada di kejauhan itu, peristiwa
berbalam menyusur perjalanan
bagai bayang-bayang gergasi
memanjang memutar fragmen
ke setiap nafas musafir
mengukir dan mewarna diri
landskap kehidupan duniawi
kembara tanpa destinasi
di luar deretan kelabu mimpi 

video
Masih disana, menggapai
bintang-bintang remaja berserakan
tahun-tahun dewasa merentas ilusi
dan tertinggal di mana-mana
pahit manis suka duka
untuk sekian kali termanggu lelaki
menjejak dan menjenguk realiti
suasana perbatasan waktu
di ruang musim bersilang duri!

Fudzail
Colombo, Sri Lanka

1 comment:

Tepi Sungai Batu said...

Pak Cik suka.......