Wednesday, April 11, 2012

PENYELEWENGAN PENGAMAL PERUBATAN

OLEH; Ustaz Ismail Kamus





1.






TUJUAN

1.1. Penjelasan berhubung dengan penyelewengan pengamal perubatan ini disediakan
untuk dijadikan panduan kepada umat Islam khususnya mereka yang terlibat
dengan amalan perubatan tradisional supaya terhindar dari amalan yang
bertentangan dengan aqidah, syariat dan akhlak Islam yang sebenar.

2. PENDAHULUAN

2.1. Islam amat menitikberatkan soal-soal aqidah, syariah dan akhlak. Segala amalan
dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber asal Al-Quran,
Hadith, Ijmak dan Qias adalah ditolak. Dalam urusan perubatan kepada pesakit,
satu perkara harus diingat oleh semua pihak, bahawa hanya Allah sahaja berkuasa
mutlak menentukan sesuatu dan menjadikannya. Ini termasuklah sakit dan
sembuh adalah hak-Nya, manusia hanyalah disuruh berusaha, berikhtiar dan
berdoa. Dalam hubungan ini, umat Islam adalah dikehendaki menjauhi
kepercayaan-kepercayaan dan amalan-amalan tradisi tertentu yang sedikit
sebanyak ada hubungkaitnya dengan pengaruh daripada fahaman anamisme,
dinamisme, Hindu dan lain-lain.

2.2. Penjelasan ini perlu dijadikan asas dan panduan supaya dapat mengelakkan diri
daripada penyelewengan dalam aqidah dan syariat Islam. Allah sw.t. berfirman:


   


Maksudnya:
“Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain
daripada Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak
dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan
yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau daripada orang-orang yang
berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)”.
(Surah Yunus: 106)

Di samping itu Islam tidak membenarkan umatnya menggunakan sihir, kerana
Rasulullah s.a.w. bersabda:

عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم : اجتنبوا السبع
الموبقات قالوا يا رسول الله وما هن قال الشرك بالله والسحر
وقتل النفس التي حرم الله إلا بالحق وأآل الربا وأآل مال اليتيم
والتولى يوم الزحف وقذف المحصنات المؤمنات الغافلات.
(رواه البخاري)

Maksudnya:
“Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan”. Para sahabat bertanya, “apakah
tujuh perkara itu?” Baginda menjawab: “menyengutukan Allah, sihir, membunuh
orang tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang
dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk”.
(Hadith riwayat al-Bukhari, Kitab Sahih al-Bukhari, Kitabul Hudud, Bab 44
m.s.33).

Selain itu Rasulullah s.a.w. bersabda:
قال أبو الزبير وسمعت جابر بن عبد الله يقول لدغت رجلا منا
عقراب. ونحن حلوس مع رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال
رجل : يا رسول الله! أرقي؟ قال من استطاع أن ينفع أخاه
فليفعل.
(رواه مسلم)

Maksudnya:
“Berkata Abu Zubair, aku dengar Jabir bin Abdullah berkata, seorang lelaki
daripada kami telah disengat kala jengking. Ketika itu kami duduk bersama
Rasulullah s.a.w. Maka berkata seorang lelaki wahai Rasulullah! Bolehkah aku
jampi? Baginda bersabda “Barangsiapa yang mampu di antara kamu untuk
memberi manfaat kepada saudaranya maka hendaklah dilakukan.”
(Hadith riwayat Imam Muslim – Bab Istihbab al-Ruqyah min Al-Ain wa An
Namlah wal Hummah wal An Naqrah, Jld.9, m.s. 5905)

2.3. Dalam sejarah Islam memang wujud cara perubatan tertentu sepertimana yang
dilaksanakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat.
Selain daripada cara pengubatan biasa, mereka juga telah menggunakan doa-doa,
khusus bagi mengubati penyakit-penyakit sepertimana yang terdapat di dalam
buku-buku perubatan. Walau bagaimanapun, mereka tidak menggunakan kaedah
atau kepercayaan seperti yang difahami oleh sesetengah pihak yang tidak
dikehendaki syarak seperti dengan memanggil roh datuk nenek, roh wali-wali,
syeikh-syeikh dan khadam-khadam tertentu. Oleh itu, kita dibolehkan untuk
melakukan jampi kepada diri, kaum keluarga atau orang lain yang ditimpa
kesusahan, kerana jampi merupakan doa perlindungan berdasarkan syarak. Jika
lain daripada itu, perlu dilihat adakah ia berlawanan dengan syarak atau tidak.

2.4. Takrif

2.4.1. Bomoh, menurut Kamus Dewan ialah tabib kampung (yang mengubati
orang sakit dengan menggunakan tradisional atau cara kampung dan
jampi-jampi).
2.4.2. Dukun ialah orang yang mengubat orang sakit atau memberi ubat cara
kampung atau tradisional (dengan membaca jampi serapah dan
sebagainya) (Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, KL. 1989, m.s.
297)
2.4.3. Pawang ialah:
i) Orang yang mempunyai kebolehan yang istimewa untuk
melakukan sesuatu (biasanya dengan menggunakan kuasa ghaib).
ii) Orang yang pandai mengubati orang sakit dan lain-lain (dengan
menggunakan jampi mentera dan lain-lain) (Kamus Dewan,
Dewan Bahasa dan Pustaka, KL, 1989 m.s. 920).
2.4.4. Takrif Kita:
Bomoh, dukun dan pawang biasanya dikaitkan dengan orang yang
mengubat menggunakan jampi yang bercanggah dengan Islam. Begitu
juga menggunakan khidmat jin ketika mengubat. Jampi ialah perlindungan
yang dijampi kepada seseorang yang mengidap sakit seperti demam,
pening dan lain-lain penyakit. Dalam bahasa Arab, jampi dikenali dengan
al-Ruqa atau al-Ruqyah.

2.5. Garis panduan pengamal perubatan ini mengandungi perkara-perkara berikut:
2.5.1. Asal usul Perubatan
2.5.2. Matlamat Perubatan
2.5.3. Syarat-syarat Perubatan
2.5.4. Mengenai Pengamal Perubatan
2.5.5. Ikrar dan Sumpah
2.5.6. Pantang Larang
2.5.7. Adab Semasa Perubatan
2.5.8. Pengamalan Perubatan
2.5.9. Bayaran Perkhidmatan Pengeras
2.5.10. Pengijazahan

3. GARIS PANDUAN PERUBATAN

3.1. Asal-Usul Perubatan

Setiap individu atau kumpulan itdak boleh mendakwa bahawa perubatannya
bersumber daripada Nabi Muhammad s.a.w. para anbia atau diambil dari al-Quran
dan hadith atau berasal dari amalan para sahabat Nabi s.a.w. atau lain-lain jika
tidak ada alasan yang kukuh berdasarkan nas al-Quran dan al-Hadith.

3.2. Matlamat Perubatan

3.2.1. Matlamat perubatan hendaklah matlamat yang baik seperti untuk kesihatan
tubuh badan, kerukunan hidup bermasyarakat dan berumahtangga.

3.2.2. Dilarang sama sekali untuk membalas dendam, membuat aniaya, menakutnakutkan,
mengugut orang lain dan lain-lain.

3.3.1. Bagi mempastikan perubatan tidak bercanggah dengan ajaran Islam
perkara berikut hendaklah dikenalpasti:

3.3. Syarat-syarat Perubatan
i) Tidak menggunakan bentuk amalan sihir, ilmu hitam, tilik tenung, tukang
nujum, ramalan tapak tangan dan silap mata.
ii) Tidak boleh mengaitkan sesuatu pengeras dengan suatu akibat.
iii) Tidak boleh percaya kepada sial dan mudarat yang menimpa seseorang
atau diri.
iv) Tidak boleh melakukan perkara-perkara yang berunsur syirik seperti
semah pantai, sembelihan binatang, buang ancak dan lain-lain.
v) Tidak boleh menyembelih binatang untuk sesuatu tujuan yang bukan
syar’i.
vi) Tidak boleh melakukan perbomohan atau bacaan tertentu yang
menggunakan unsur-unsur meminta izin atau bantuan dari kuasa-kuasa
makhluk “ghaib” dalam acara perbomohan.
vii) Tidak boleh menyajikan makanan untuk menjamu penunggu.
viii) Tidak boleh mentaati pengaml perubatan atau seseorang pada perkaraperkara
yang jelas bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam.
ix) Menolak sebarang syarat yang diberikan yang bertentangan dengan
aqidah, syariah dan akhlak Islam.

3.4. Mengenai Pengamal Perubatan

3.4.1. Pengamal perubatan hendaklah beragama Islam, aqil dan baligh
serta mengetahui apa yang diucapkannya.

3.4.2. Tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membawa syirik,
sama ada melalui iktikad, perkataan atau perbuatan.

3.4.3. Tidak meninggalkan ibadat-ibadat wajib dalam Islam seperti
sembahyang fardhu, puasa dan zakat.

3.4.4. Tidak melakukan maksiat, jenayah dan dosa.

3.4.5. Tidak memecahbelahkan masyarakat dan keluarga.

3.4.6. Tidak mentafsir ajaran agama islam mengikut hawa nafsu.

3.4.7. Tidak memasukkan atau menggunakan unsur-unsur yang
bercanggah dengan islam seperti sihir, ilmu hitam dan menurun
kerana pengamalnya termasuk dalam kategori penyeru iblis dan
syaitan dengan ucapan-ucapan yang tidak wajar atau boleh
membawa kepada kufur dan syirik.

3.4.8. Tidak boleh bersahabat dengan makhluk ghaib seperti jin dengan
tujuan mendapat pertolongan dalam perkara yang ditegah oleh
syarak walaupun dikatakan dengan jin Islam kerana kita tidak tahu
sama ada betul Islam atau tidak.

3.4.9. Tidak boleh meminta pertolongan jin dalam rawatan perubatan
sehingga membawa kepada syirik kerana dibimbangi wujud unsur
menafikan kudarat Allah.

3.4.10. Tidak harus meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan
kehebatan kerana dibimbangi wujud keyakinan bahawa makhlukmakhluk
ini mempunyai kuasa yang sama dengan Allah atau
mengurangkan keyakinan kepada kuasa Allah semata-mata.

3.4.11. Tidak harus meminta dan menggunakan khidmat jin untuk ilmu
sihir atau nujum atau ‘menurun’ kerana ia termasuk dalam amalan
syirik atau dilarang oleh Allah dan boleh merosakkan aqidah orang
yang terlibat dengnanya.

3.4.12. Tidak boleh melakukan ramalan tentang buruk atau baik pada
masa akan datang dan tidak harus menyatakan pada ramalan yang
telah lalu dengan cara tenung dan lain-lain.

3.4.13. Hendaklah mengikhlaskan hati dengan amalan, semata-mata
mencari keredhaan Allah S.W.T.

3.4.14. Hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah. Kerana Allah sahaja
yang memberi kebaikan dan pertolongan.

3.5. Ikrar Sumpah Dan Taat Setia

3.5.1. Sumpah tidak dibolehkan semasa perubatan, hanya ikrar saja boleh
digunakan mengikut kesesuaian.

3.5.2. Pengamal perubatan tidak boleh taat secara membuta tuli kepada
pengamal perubatan. Mereka boleh mengikut suruhan pengamal
perubatan tertentu selama tidak bercanggah dengan hukum syarak.

3.5.3. Bacaan-bacaan, amalan dan ikrar yang terdapat di dalam
pengakuan ikrar hendaklah tidak mengandungi perkara-perkara
yang bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam seperti memuja
dewa atau nama berhala.

3.5.4. Di dalam upacara ikrar sama ada dari segi fizikal atau mental
hendaklah tidak mempunyai unsur-unsur yang mensyirikkan Allah
dan menjatuhkan maruah seseorang sebagai orang Islam.

3.6. Pantang Larang

3.6.1. Tidak boleh dikaitkan dengan pantang larang sesuatu unsur pemujaan,
meminta izin, perlindungan atau bantuan daripada makhluk-makhluk
ghaib seperti hantu, jin, penunggu atau orang halus dan sebagainya.

3.6.2. Tidak boleh memenuhi kehendak pantang larang pengamal perubatan
sehingga melakukan perkara-perkara yang ditegah di dalam Islam seperti
meninggalkan tanggungjawab sebagai suami atau isteri, membuka aurat,
bersunyian antara pesakit yang lain jantina dengan pengamal perubatan
sahaja dan sebagainya.

3.6.3. Perkara-perkara yang harus dan halal dalam syariat Islam tidak boleh
dihukumkan haram atau sebaliknya.

3.6.4. Tidak menurut apa-apa pendapat pengamal perubatan yang bertentangan
dengan apa juga perkara yang berhubung dengan aqidah, syariah dan
akhlak Islam.

3.7. Adab Semasa Perubatan

3.7.1. Tidak mendakwa perkara-perkara yang ghaib.

3.7.2. Pengamal perubatan tidak boleh takbur dan tidak boleh menganggap
orang lain lemah dan lekeh.

3.7.3. Pengamal Perubatan hendaklah melarang pesakitnya memuja, mengagung
dan taksub kepadanya.

3.7.4. Pengamal perubatan hendaklah mengikut adab sopan dan tatatertib Islam
ketika menolong seseorang sama ada bersendirian atau bersama pesakit.

3.7.5. Hendaklah menjaga kesopanan susila adab sebagai orang Islam.

3.8. Pengamalan Pengamal Perubatan

3.8.1. Perubatan tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah dan sifat-sifat-Nya atau
merupakan maksud di sebalik kalimah atau nama-nama Allah atau sifatsifat-
Nya seperti mengatakan ilmu pengamal perubatan itu diterima terus
daripada Allah atau kudratnya adalah kudrat Allah atau melalui mimpi
berjumpa wali, malaikat atau lainnya.

3.8.2. Pengamalan pengamal perubatan tidak boleh diertikan sebagai maksud
yang tersirat daripada diri atau jasad dan roh Rasulullah s.a.w., para
malaikat, nabi-nabi dan orang soleh seperti Nur Muhammad menjelma ke
dalam diri dan sebagainya.

3.8.3. Tidak boleh memuja dan memperhambakan diri kepada sesuatu kuasa atau
peribadi yang dipercayai boleh mendatangkan nasib baik atau buruk
kepada seseorang seperti wali syeikh, rijalul ghaib, roh datuk nenek,
sahabat, hantu, dewa, keramat, kubur, keris, busur, batu, kayu, cincin, kain
kuning atau putih dan lain-lain.

3.8.4. Tidak boleh menggunakan tangkal dan azimat yang mengandungi rajahrajah
atau tulisan-tulisan yang tidak difahami seperti objek-objek tertentu
dan bercampuraduk dengan ayat al-Quran dan jangan menganggapkan
tangkal mempunyai kuasa.

3.8.5. Penggunaan jampi dibolehkan dan digunakan dengan syarat:
i) menggunakan ayat al-Quran
ii) menggunakan bahasa yang difahami
iii) jangan mengiktikadkan bahawa jampi itu yang memberi kesan
sehingga si pesakit menjadi sembuh, sebaliknya Allah yang berkuasa.

3.8.6. Tidak boleh mengamalkan bacaan-bacaan tertentu yang tidak difahami
maknanya dikhuatiri mengandungi kata-kata pemujaan kepada berhala,
iblis, syaitan atau nama berhala orang kafir serta bercampur aduk dengan
ayat al-Quran.

3.8.7. Tidak boleh membaca mana-mana ayat al-Quran secara songsang, seperti
Qul Huwallah dan lain-lain.

3.8.8. Tidak boleh menggunakan Kitab al-Quran secara tidak wajar menurut
syarat seperti menggantung al-Quran dan tunggu berpusing atau tidak
untuk dijadikan alasan tertentu jika berpusing begini dan jika tidak, begini
pula maksudnya. Semuanya ini termasuk menghina al-Quran (Istihza’).

3.8.9. Tidak boleh meninggalkan ibadat-ibadat wajib yang dituntut di dalam

Islam seperti sembahyang lima waktu dan puasa di bulan Ramadan ketika
melakukan amalan perubatan.

3.8.10. Tidak boleh mengguna perbuatan ‘menurun’, memanggil roh orang mati
atau sebagainya dalam kaedah perubatan.

3.9. Bayaran Perkhidmatan/Pengeras

3.9.1. Sebarang pengeras tidak boleh digunakan dalam perubatan jika ia
dikaitkan dengan untung nasib, buruk atau baik.

3.9.2. Bayaran perkhimatan hanya dibolehkan mengikut kesesuaian perubatan
dengan tidak terlampau tinggi hingga boleh memberatkan atau menindas
dan tidak membawa maksud tolong-menolong.

3.10. Pengijazahan

3.10.1 Tidak boleh melakukan upacara-upacara yang mengandungi unsur-unsur
penyembahan, pemujaan, memohon bantuan atau memperhambakan diri
kepada kuasa-kuasa atau tenaga-tenaga ghaib seperti mempersembah
sedulang makanan, menyembelih ayam dan sebagainya.

4. PENUTUP

Dengan mengikuti penjelasan ini diharapkan para pengamal ilmu perubatan dapat
menghindarkan diri daripada ajaran

No comments: