Sunday, February 27, 2011

My People - Add your voice to the Call with Yusuf Islam!

My People - Add your voice to the Call!

Dear Friends,

If you wish to take part in adding your voice to support people around the world still dreaming of being unshackled from harsh authoritarian regimes, you will soon have a chance to do so.

Yusuf has written a song which is inspired by the world shaking call to freedom and the removal of oppression from the peoples of Tunisia and Egypt, the song called My People will soon be available and you’ll be able to send a recording of your voice to be used on the chorus – God Willing.

If you would like to join in, listen to the chorus here (choose one of the 3 part harmony samples) and send an MP3/ Wav or Aiff of you singing the words, “MY PEOPLE” (no background noise, please) to:

mypeople@yusufislam.ae

To Download Yusuf’s MP3 Sample to your computer right click and select ‘Download Linked File’

We will try to use as many submissions as possible. The deadline for receiving your contribution will be Tuesday 15th February, 3pm GMT.

SPREAD THE WORD TO ALL YOUR FRIENDS!




Jom Revolusi!

(Berita Minggu 27 Februari 2011)

Cerpen : Jom Revolusi!

Oleh : Fudzail

(1)

Damak terus menatap skrin TV. Tidak henti Aljazeera membawa lintas langsung dari Kaherah, Tunis, Tripoli, Benghazi, Sanaa, Manama, Tehran, Khartoum, Amman, Muscat berselang seli pendapat dan perbahasan. Hangat mengenai apa yang sedang menjadi gelombang yang lebih hebat dari tsunami tahun 2004 dahulu.

Dunia sedang mengalami perubahan yang tidak terfikir menjelang tahun 2011. Semuanya adalah sebahagian dari evolusi dan ulangan dari sejarah kemanusiaan. Semuanya telah dijanjikan dalam Al Quran dan hadis kalau rajin untuk mengkaji dan memahami yang semuanya menuju ke hari terakhir kehidupan sementara.

Deringan telefon memeranjatkan dalam perhatian sepenuhnya pada persitiwa dan sejarah yang berlaku di hadapan mata. Kejatuhan Zainal Abidin Ali dan Hosni Mubarak merebak dan menjalar.

“Baik tangguhkan kunjungan ke Benghazi, keadaan nampaknya semakin gawat, empat puluh orang telah terbunuh!”

Suara Dr. Fawzy bergetar di hujung sana, di Benghazi, kota kedua terbesar Libya. Damak dijadulkan untuk membuat presentasi produk autopsi digital untuk khidmat forensik di hospital. Sesuatu yang amat diperlukan ketika itu, ketika bilangan yang terbunuh terus meningkat dan pembedahan forensik diperlukan.

“Saya belum tidur selama dua hari ini, terlalu banyak mayat yang mesti diselanggarakan!”

Kata-kata itu membuatkan Damak memandang jauh ke arah kota raya Dubai yang terus bergerak lancar, bisnes seperti biasa. Pengagihan sumber hasil negara kepada rakyat menyebabkan demokrasi tidak selalu perlu selagi perut semua orang tidak kelaparan dan ada tempat untuk berlindung dari hujan dan panas.

“Robot saya akan berbincang dengan robot kamu untuk presentasi berikutnya apabila keadaan pulih sepeti biasa, tetapi penyelesaian autopsi digital amat yang menepati syariah berfaedah untuk ummah terutama dalam keadaan perang dan kekacaun seperti ini. Kita tetap meneruskan agenda ini!”

Dr Fawzy sempat berjenaka, topik kegemarannya mengenai keperluan robot untuk melakukan kerja-kerja manusia. Termasuk menggantikan manusia untuk kerja-kerja monotonous, berbahaya sertai jurujual, mekanik, pengesan bom dan membedah mayat. Memerdekakan, liberasikan manusia untuk menikmati kehidupan lebih baik tanpa bekerja keras!

Malah Damak sama berminat dengan teknologi ‘tele-mesyuarat maya’ yang tidak memerlukan dia terbang ke sana sini, hanya menghantar robot sahaja. Apalagi dikatakan dari sebuah penyelidikan, hampir 500 billion Dollar dibelanjakan untuk penerbangan urusan bisnes setiap tahun. Itu tidak termasuk kos pminyak, pengeluaran sisa karbon dioksid, berjam-jam dalam kesesakan trafik dan meninggalkan keluarga berhari-hari.

Tiba-tiba deringan telefon mengejutkan sekali lagi, setelah terpaku menonton siaran berita Al Jazeera menayangkan ratusan ribu bersolat jumaat di Medan Tahrir bersama Dr Yusuf Al Qaradawi. Meraikan liberasasi sebuah negara.

“Jangan lupa, dalam keadaan biasa pun permintaan dan penggunaan sarung tangan untuk perubatan pun tidak mencukupi, apalagi dalam perang dan kekacauan!”

Kata-kata Dr. Fazwy itu mengulang perbincangan mengenai peluang bisnes yang memutarkan kitaran idea di benak fikiran. Sesuatu yang menganjak minda dalam jiwa, seakan sama bergolak dengan para warga yang keluar di jalan-jalan raya memprostes untuk mengembalikan hak-hak mereka di negara sendiri.

(2)

“Kamu anak penoreh getah?”

Pertanyaan Dr Fawzy bergema di ruang hotel mewah Abu Dhabi. Pertemuan di sebuah konvesyen forensik yang memulakan satu persahabatan, hanya selang beberapa hari sebelum warga Tunisia keluar memprotes dan mengubah satu landskap politik sejagat. Ketika tiada siapa menduga yang percubaan membunuh diri seorang pemuda Tunisia membawa revolusi melalui siber dan menjatuhkan satu rejim diktator.

Damak mengangguk dan bercerita. Sebagai anak penoreh yang mengharung pelbagai kemanisan dan kepahitan bersama satu keluarga yang pernah hidup dibawah taraf kemiskinan, masa lalu sering membawa nostalgia, kalau tidak memberi semangat. Sesuatu yang tidak mungkin kembali dilalui oleh anak-anaknya sendiri. Anak-anak kelahiran pelbagai negara tumpangan sebagai ekspatriat yang mungkin tidak tahu pokok getah berasal dari Amazon sebelum dibawa ke Tanah Melayu, walau menggunakan khidmat laman web Amazon setiap hari.

Damak tidak lupa catatan sejarah yang getah dibawa masuk dalam tahun 1877 setelah Sir Henry Wickham pada tahun 1876 telah mengumpul dan mengirim 70,000 biji getah liar dari Brazil ke Kebun Kew, London. Begitulah Tuhan menghantar rahmat dan rezeki dalam keadaan tidak terduga.

“Harga getah semakin naik kerana permintaan tinggi, termasuk untuk pengeluaran sarung tangan perubatan. Kamu tahu tahun 2011 ini sahaja dunia memerlukan sekurangnya 155 billion sarung tangan getah?”

Suasana di luar persidangan, seperti biasa, lebih menarik kerana peluang beramah mesra dan berkenalan dengan pelbagai pakar forensik yang mahu mengalihkan tumpuan dari bau dan pelbagai keadaan mayat. Berdiskusi mengenai apa sahaja, terutama peluang lain di luar skop bidang kerjaya yang semakin kekurangan tenaga kerana tidak glamor bekerja membedah mayat. Lebih baik membedah orang hidup yang mahu jadi cantik secara kosmetik dengan menambah silikon dan pengawet muda seperti botoks. Lebih membawa pulangan lumayan dan menambahkan kekayaan.

Damak teringat pada aruah ayah dan ibunya, dua penoreh getah yang telah membesarkan kelima adik beradiknya. Sememangnya pokok getah, susu getah, asid formik, mesin penggelek, rumah asap, getah asap keping berbunga, lateks menjadi sebahagian dari kehidupan yang membawa dia jauh ke bumi Arab. Membawa seorang anak kampung pedalaman Pahang ke serata dunia.

Keringat penoreh getah yang sama memakmurkan negara yang baru merdeka, walau mereka pada ketika itu berkorban dalam kemiskinan. Rezeki dari getah menjadikan adik beradik Damak lebih berjaya dalam pelbagai bidang, malangnya tiada diantara mereka yang mempunyai apa-apa kaitan dengan pokok getah lagi. Pengusaha getah yang berjaya bermula dari orang Barat kepada bangsa lain di Tanah Melayu. Dunia pokok getah menjadi memori yang semakin menjauh di arkib minda.

“Untung kalaulah pokok getah boleh ditanam di Libya!”

Mereka ketawa. Begitulah ketentuan Ilahi, Tanah Melayu diberikan rahmat alam dan kemakmuran tidak terhingga. Boleh dikatakan benih apa sahaja boleh tumbuh subur. Selain kehijauan yang membawa warna ketenangan dan hutan-hutan yang membawa hujan sebagai pusingan proses semula jadi.

“Tidak berminat untuk usahakan penanaman pokok getah? Kamu tentu tahu, negara-negara Arab yang ketandusan tanah subur membeli jutaan hektar tanah seluruh dunia untuk pertanian, memastikan bekalan rakyat mereka cukup dan harga diparas kemampuan?”

Pertanyaan Dr. Fawzi menambahkan nostalgia pada masa lalu dan tanahair buat Damak. Sudah dua puluh tahun menjadi ekspatriat merata planet dan dalam usia semakin menuju kepersaraan, sering timbul keinginan untuk kembali seperti masa lalu. Mendiami sebuah desa terpencil untuk kembali berbakti pada tanah dan alam. Meneruskan sisa-sisa nafas beribadah. Malah tanah pusaka yang masih ada pun sudah lama dia tidak menjenguk, terbiar oleh kesibukan adik beradik yang telah berjaya dari segi pendidikan dan materialisme. Prioriti kehidupan juga berlainan. Tiada jalan kembali.

“Pertanian selamanya penting kerana manusia sentiasa memerlukan makanan dan tanaman seperti pokok getah, pokok kelapa sawit menghasilkan produk yang diperlukan dalam pelbagai bidang dan peralatan. Bayangkan tanpa getah, kereta tidak boleh digunakan tanpa tayar. Dan sekarang, bekalan sarung tangan getah untuk perubatan tidak cukup dengan permintaan tinggi seluruh dunia!”

“Kalau buka kilang pengeluaran sarung tangan di Libya?”

“Boleh sahaja, tetapi setiap kilang perlukan bahan mentah, iaitu getah! Dan getah hanya dari pokok getah, yang tiruan tidak dapat ganti yang asli, yang original! Cuma harus ingat yang tidak mudah bersaing dengan syarikat-syarikat Malaysia sendiri yang sudah lama beroperasi dan memonopoli pasaran!”

“Kalau tidak boleh tanam pokok getah di tanah gurun, kita cuba di Afrika yang cuaca dan iklim sesuai. Seperti ada syarikat Malaysia lakukan di Indonesia. Boleh bekalkan getah kepada kilang kerana dari permintaan global melonjak sehingga 10 peratus setiap tahun, walaupun pemain industri merundum. Libya boleh jadi hab untuk Afrika dan Eropah!”

Dr. Fawzy tersenyum menggeleng kepala.

“Kamu seolah-olah tidak mahu pulang ke tanahair sendiri....!”

Mereka tertawa, semenjak perbualan di konvensyen forensik itu, keinginan Damak untuk meneroka bumi utara Afrika terutama Libya terus melonjak. Mungkin kerana kesan menonton filem Umar Mokhtar, Singa Gurun yang begitu berkesan.

“Jangan lupa, Libya masih diperintah oleh seorang manusia bernama Muammar Ghadafi semenjak 43 tahun lalu!”

Suara Dr. Fawzy sedikit perlahan.

“Dan dia bukan Umar Mukhtar!”

(3)

Cuti tahun baru Cina di Malaysia yang panjang memungkinkan Jamak, adik bongsu Damak bersama keluarga datang bercuti di Dubai. Pertama kali sejak Damak berpindah dari Jeddah. Mahu melancung melihat kota raya Dubai yang sedang terkenal dengan Burj Khalifa, menara tertinggi di dunia.

“Inilah hasil pendapatan sebulan menoreh getah!”

Damak terkejut mendengar kata-kata Jamak yang merancang membawa anak-anaknya main ski di gurun Dubai. Manakala Rahah, isterinya sudah merancang bersama Gina, isteri Damak untuk membeli belah sempena Festival Membeli-Belah dan mengunjung pelbagai kompleks termasuk Kampung Global. Kampung di gurun yang mempunyai 31 pavilion negara, termasuk Malaysia. Walaupun pavilion Malaysia hanya ada sedikit produk dari Malaysia dan dipenuhi gerai-gerai barangan negara China.

“Bila pula kau menjadi penoreh getah?”

Jamak ketawa. Setahu Damak, adik yang berusia 45 tahun itu adalah pegawai tinggi kerajaan berpangkat pengarah dan dikatakan berpotensi mengetuai sebuah jabatan persekutuan. Sedang menyambung pengajian diperingkat kedoktoran di sebuah universiti tempatan.

“Baharu lima bulan, ambil cuti tanpa gaji untuk sambung belajar, sambil itu jadi penoreh getah sambilan untuk pendapatan sampingan. Kerja tiga kali seminggu di kawasan ladang yang dipajak. Bukan susah, kecil-kecil dulu pun selalu menoreh dengan aruah ayah dan ibu!”

“Kamu tahu dengan kenaikan harga getah sekarang, pendapatan aku melebih gaji sebagai pengarah jabatan kerajaan. Itupun kerja tiga kali seminggu. Aku boleh dapat sekurangnya RM10 ribu bersih sebulan. Malah lebih dari itu kalau dikira dari hasil memajak ladang lain, dengan mengupah orang Bangla dan Indonesia!”

Damak teruja mendengar kata-kata Jamak yang menggamit siri diskusi emel, sembang atas talian dan SMS dengan Dr. Fawzy. Bak kata seorang kawan yang selalu bersikap positif dalam apa sahaja keadaan, ‘sesuatu yang terjadi ada sebab musabab dan ada hikmahnya!’.

“Lagipun sekarang banyak subsidi, geran dan pinjaman untuk mengusahakan pertanian. Ramai yang nampaknya tidak berselera untuk jadi petani, penoreh, peladang, pekebun. Sedangkan di banyak negara seperti Kanada, Amerika, Australia, New Zealand, ramai jutawan tani!”

Siapa sangka, anak penoreh getah yang dahulunya mahu keluar dari kepompong pokok getah, berjaya dalam akademik, dengan kerjaya yang boleh sampai ke kemuncak dalam organisasi kerajaan, boleh kembali turun menoreh.

“Silap-silap aku terus ambil pencen awal walau sudah ada PhD. Mahu usahakan kembali penanaman pokok getah sambil berehat dari pelbagai politik pejabat yang semakin menambahkan cepat mendapat sakit jantung dan penyakit kronik lain. Kau tahulah budaya dan perangai orang-orang kita yg juga dipenuhi PhD, perasaan hasad dengki, tidak boleh tengok ada orang lebih berjaya kerana berkebolehan, bukan kerana ampu dan bodek!”

“Bagaimana dengan Rahah? Dia tidak malu kah suaminya jadi penoreh getah?”

Jamak ketawa. Sememangnya Damak kurang senang dengan isteri Jamak yang suka bermewahan, seolah-olah seorang datin. Stail ‘queen control’ yang menonjolkan kekuasaan dalam segala hal rumah tangga, sehingga pelbagai cerita mengenai kecemburuan Rahah dikalangan adik beradik.

“Malu? Dengan pendapatan yang lebih dari jadi jawatan pengarah, dan banyak masa di rumah dari habiskan masa bekerja di luar, dia sudah terlalu tua untuk berfikiran negatif. Malah dengan pendapatan yang bertambah, dia bimbang pula kalau-kalau dimadukan!”

Keduanya ketawa. Kalimat tipikal untuk lelaki normal walau sekadar jenaka.

Ketawa yang mengundang perhatian Rahah dan Gina di dapur. Keduanya muncul di ruang tamu. Segera Damak dan Jamak menyambung cerita mengenai getah.

“Abang tahu ke penoreh getah dan pelajar Phd ini bakal bergelar datuk?”

Gina bertanya ke arah Damak. Manakala Rahah menunjukkan wajah berseri, sinar kebanggaan dan riak.

“Siapa anak kau yang nak kahwin? Bukan si Mazidah dan Norizan masih di universiti?”

Tanya Damak dengan wajah terkejut.

“Apalah abang ini, Jamak baharu dapat surat penganugerahan pingat membawa gelaran datuk!”

Malam itu, Damak semakin dalam nostalgia. Jauh ke ruang masa lalu sebagai penoreh getah setiap pagi sebelum ke sekolah. Dan menerpa wajah-wajah kedua aruah ayah dan ibunya apabila hujan turun berhari-hari, dapur tidak berasap, bersama bertimbunnya hutang di kedai runcit Cina.

(4)

Kabar angin mengenai Hosni Mubarak berada di Abu Dhabi tersebar luas, walau ada penafian kerajaan UAE. Sesuatu yang beriya-iya dibicarakan oleh Dr. Fawzy sebaik tiba di KLIA. Baginya, Muammar Ghadafi yang masih bertahan akan mengikut jejak yang sama, hanya masa menentukan.

Damak memandu perlahan menuju ke hotel penginapan berhampiran KLCC. Demonstrasi penggunaan autopsi digital yang dibangunkan oleh sebuah syarikat Malaysia akan dibuat di HKL. Dr. Fawzy mahu melihat secara langsung sebelum membuat keputusan sama ada mahu membuat tindakan selanjutnya. Walau dia ada tujuan lain yang lebih prioriti untuk pertama kali menjejak semenanjung Tanah Melayu.

“Mana pokok getah?”

Dr. Fawzy memandang keliling dari dalam kereta. Damak ketawa.

“Pokok getah di ladang, sepanjang lebuhraya ini, tiada lagi ladang getah. Hanya pembangunan hartanah!”

“Kena buat revolusi!”

Sekali lagi Damak ketawa. Deretan revolusi yang sedang berlaku di tanah Arab seakan menguasai pemikiran Dr. Fawzy. Dalam catatan sejarah, revolusi memungkinkan kehidupan yang lebih baik, walau ada pertumpahan darah dan kehilangan nyawa. Mereka yang berkorban demi kesejahteraan dunia akan terus mengulang kitaran revolusi.

“Ya! Revolusi hijau!”

Damak terhenti dari ketawa.

“Kamu tahu, saya sempat melihat statistik harga getah, tahun 2005 antara RM2.50 ke RM3.00, tahun 2006 ke paras RM3.00, tahun 2006 dan 2007, sekitar RM4.00, tahun 2008 ke RM5.00, tahun 2009 turun ke RM4.00 dan tahun lalu, ke paras RM10.00!”

Damak terus mendengar. Semua maklumat itu pernah diberitahu oleh Jamak yang sedang menanti di hotel. Dunia juga beralih ke arah ‘kehidupan hijau’ untuk memastikan planet tanpa bencana seperti tsunami,kepupusan ozon, selain bencana dalam bentuk penyakit berwabak.

“Menurut lapuran mereka yang terlibat dengan perladangan kayu getah pula, pulangan keuntungan dari pelaburan kayu getah sahaja adalah sekitar 12.8 peratus. Dengan kombinasi pengeluaran lateks dalam kitaran 15 tahun, pulangannya 13.7 peratus yang sebanding dengan minyak kelapa sawit, iaitu 15.6 peratus! Malah industri kayu getah untuk perabut menghampiri RM7 bilion tahun lalu!”

Suara Dr. Fawzy yang begitu teruja menambahkan minat Damak yang sama-sama teruja semenjak kembali menjenguk tanah pusaka bersama ‘Datuk’ Jamak. Suara bergetar seorang ahli forensik yang mahu keluar dari Libya dan keluar dari monotonous ruang rumah mayat.

“Apalagi dengan industri herba dan produk halal. Lantas saya sudah nekad bawa duit simpanan yang ada untuk pelaburan dalam ladang pokok getah dan kilang sarung tangan getah, selain perabut kayu getah. Kamu tahu inilah revolusi dalam diri untuk evolusi alam. Revolusi hijau demi kemanusiaan, walau ada unsur kapitalis!”

Damak mengangguk, tersenyum sambil lintasan imej-imej aruah ayah dan ibu merentas setiap papan tanda dan papan iklan di lebuhraya. Wajah-wajah kesayangan tersenyum bersama sentuhan kasih sayang dan kata-kata perangsang di masa lalu yang bergema. Merentas suara-suara protes marhaen dari Kaherah, Tunis, Tripoli, Benghazi, Sanaa, Manama, Tehran, Khartoum, Amman, Muscat. Bertukar semangat membara di tanahair yang semakin terbentang menghijau dipandangan, Damak tekad untuk kembali menetap ke tanahair. Kembali sebagai anak berbudi pada tanah dan alam. Berbakti pada generasi yang sudah hampir terlepas dari radar wawasan.

Damak pun menjerit sekuat hati, mengejutkan Dr. Fawzy, lelaki Libya yang terpinga-pinga sebaik kereta memasuki kawasan tol.

“Ya! Jom REVOLUSI!”