Saturday, February 19, 2011

Sajak : Mimpi-Mimpi Memanjang

http://www.wallpaperbase.com/wallpapers/photography/budapest/budapest_1.jpg

(Dewan Sastera Mac 2011)

Menghitung dari angka-angka bertambah
haluan ke hulu ke hilir bercambah
ke mana kita, ke sana atau di sini sahaja
setelah kepenatan mengejar masa
bersama kendur jasad dan usia
mengulang realiti dari fantasia
warna-warna neon pun semakin pudar
rumput-rumput di kaki lebat menjalar
yang tinggal adalah bayang-bayang
titik-titik hitam kehidupan jalang!

Memanjang mimpi-mimpi tak sudah
membuang sisa keringat dan darah
sebagai tapak-tapak perjalanan diri
berhiasan dengan fatamorgana hari
menggapai hajat di persada saujana
kita tiada apa-apa untuk dibawa
biar hanya menanti di pintu syurga
belum pasti jua di mana pusara
kerana dalam klimaks yang sesat
masihkah terdengar rintihan taubat?

Fudzail
Budapest 2010


http://www.wallpaperbase.com/wallpapers/photography/budapest/budapest_3.jpg

1 comment:

Othman said...

Mimpi mimpi usah dicari
Mainan iblis dan syaitan memang sebegini
Akibat resah sepanjang hari
Dunia kata pergi kubur kata kesini

Apakah Dosa Pahala dan Taubat?
Selagi Dunia masih di kelibat
Antara setia dan taat
Relakah lupa dunia hanya akhirat?

Itulah capaian makrifat
Yang fana hanya tinggal ibadat
Mahukah fikiran hati perasaan bermuafakat
Yang wujud mestikah bertempat?