Wednesday, December 15, 2010

Apabila Yusuf Islam Bertemu Tun Dr Mahathir


Memang sesuatu yang bersejarah apabila dia manusia, Tun Dr. Mahathir dan Sheikh Dr Yusuf Islam bertemu di Putrajaya.

Saya adalah antara empat tetamu lain yang bertuah untuk bersama-sama dalam sesi diskusi dan makan tengahari.

Ternyata, keduanya saling meminati dan menghormati. Bahasa perbualan yang digunakan cukup indah dan penuh beradab.

Mendengar keduanya saling berinteraksi dalam memperkatakan pelbagai isu dan topik berkaitan dunia Islam dan dakwah memang menghiburkan. Keduanya mempunyai daya pengetahuan yang tinggi disamping humor spontan.