Tuesday, December 07, 2010

Hijrah Cat Stevens






Hijrah Cat Stevens


kuhampiri bayangan bulan
bersama imej dan imaginasi
melontar nada yang menganjak
paradigma dan pemahaman
satu perjalanan panjang
seorang lelaki yang mengubah
kalut kehidupan superfisial
membawa gelombang hijrah
biar berliku episod hitam putih
menjalari ruang tanpa sempadan

pagi pun pecah di timur
kudus mewarna perasaan
dia masih berlari jauh
membawa obor bercahaya
pada kemanusiaan sejagat
bernafas dalam dakwah
memanjangkan hidayah yang
sekian lama memenjara prasangka
menjadi tembok dan membakar
persaudaraan sesama insan

kau Cat Stevens
masih sahaja ikonik
sebagai Yusuf Islam
antara keduanya mengapung
firman-firman ke persada
bukan ilusi jahanam di kabus musim
lantas melebar satu jiwa yang menyinar
dalam seribu lirik dan melodi
indah menyentuh rohani
di pentas dunia akhir zaman!

Fudzail
Pulau Duyung, Trengganu
1 Muharam 1432