Friday, November 26, 2010

Apabila Yusuf Islam Bertemu PM Malaysia

Pada hari ini, Jumaat 26 November 2010, saya berasa amat bertuah kerana mengiringi Dr Sheikh Yusuf Islam untuk pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia di Sri Perdana.

Sheikh Yusuf diiringi oleh isteri beliau dan pertemuan itu turut disertai oleh isteri PM dalam suasana yang santai walau perbincangan agak serius dalam beberapa perkara.

Antara isi perbincangan ialah mengenai perancangan 'world tour' Sheikh Yusuf pada tahun hadapan yang mungkin melibatkan Malaysia. Termasuk teater 'Moonshadow.' Salah satu yang ditawarkan oleh PM, sebagai tuan rumah.

Sheikh Yusuf Islam juga mahu menggunakan sumber dan bakat profesional Malaysia dalam animasi dan ilustrasi untuk satu projek besar beliau.

Paling menarik ialah mengenai pendidikan dimana Sheikh Yusuf meneroka Silibus Islam Bersepadu yang digunakan di banyak sekolah berbahasa Inggeris di beberapa negara. Sheikh Yusuf juga mempunyai sekolahnya sendiri. Silibus ini mengintegrasikan tauhid ke dalam setiap subjek dan Perdana Menteri berminat untuk melebarkannya di Malaysia.

Juga dibincangkan kemungkinan Sheikh Yusuf Islam menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua. Pada ketika ini, beliau dan isteri menetap di Dubai sejak awal tahun ini.

Selepas pertemuan itu, kami berbincang mengenai lokasi pilihan yang terbaik untuk Sheikh Yusuf yang teruja.

Alhamdulilah, banyak usaha yang dihaarapkan membawa Sheikh Yusuf ke arus perdana dalam menjadikan usaha dakwah yang lebih profesional dan pelbagai, seperti yang dilakukan Sheikh Yusuf dalam muzik sejagat.


Tazkirah Sheikh Yusuf di Masjid UIA









TAZKIRAH KHAS YUSUF ISLAM DI MASJID UIA HARI INI

Dr Sheikh Yusuf Islam, dijadualkan memberi tazkirah khas di masjid Universiti Islam Antarabangsa, Gombak, sebelum solat Jumaat hari ini.

Tazkirah ini terbuka untuk semua dan ambillah kesempatan untuk mendengar serta bertemu dengan ikon besar ini.

Jom ke masjid UIA!