Thursday, November 25, 2010

Yusuf Islam Bertemu DYMM Seri Paduka Baginda

Pertemuan hari ini, berlangsung sejam dan menggembirakan buat kedua pihak. Perbualan yang menyentuh pendidikan dan muzik, kehidupan Yusuf Islam menjadikan suasana begitu santai.

Menurut Yusuf, beliau amat berpuas hati dan menyanjung tinggi penghormatan yang diberikan untuk bertemu dengan DYMM. Baginda begitu peramah melayani seorang ikon yang telah banyak menyumbangkan usaha dakwah.

Saya berasa bersyukur kerana usaha membawa Yusuf ke arus perdana Malaysia mendapat sambutan baik. Tentunya ada beberapa projek yang bakal menyaksikan, Malaysia menjadi sebahagian dari persinggahan 'world tour' dan teater 'Moonshadow.'

Yusuf berkata, dia melihat banyak ruang dan peluang yang boleh memberi kerjasama.

https://mail.google.com/mail/?ui=2&ik=bd9fd97279&view=att&th=12c83abe17797e57&attid=0.1&disp=inline&zw

Reunion dengan Yusuf Islam - di Kuala Lumpur



24 November adalah hari ulang tahun kelahiran isteri saya, Dr. Azma Abdul Malek yang berada di Dubai bersama Muhaimin, dan juga hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke 19.

Begitu masa berlalu dan alhamdulilah dengan rezeki yang dikurniakan. Saya dan dua orang lagi anak, Saifullah dan Faidhi berada di Kuala Lumpur.

Pagi Rabu 24 November 2010, saya bertemu kembali dengan Dr Sheikh Yusuf Islam, pernah atau lebih dikenali sebagai Cat Stevens di Kuala Lumpur, Menyambutya di KLIA, tiba dari Dubai.

Ironinya, kami sama-sama menghuni kota yang sama sejak lima tahun lalu, cuma tidak kesempatan bertemu oleh kesibukan. Beliau banyak menghabiskan masa di merata tempat, terutama Amerika Syarikat.

Sheikh Yusuf seperti biasa, ramah sekali, Kami berpelukan lama, bertanya kabar. Manakala isterinya, Puan Fauziah juga seperti biasa, bertanya kabar isteri dan anak-anak. Perasaan gembira dan terharu kerana kemesraan masih sahaja seperti masa lalu.

Memang sudah lama kami tidak bertemu. Seperti kata Sheikh Yusuf, masa berlalu dengan cepat dan hubungan kami dijarakkan oleh situasi berbeda. Sebagai pengurus beliau satu masa dahulu, boleh dikatakan, hubungan kami memang rapat kerana beliau memberikan begitu banyak amanah kepada saya.

Sepanjang hampir sejam perjalanan ke pangsapuri, kami berbual panjang, tentang apa sahaja termasuk nostalgia masa lalu. Sheikh Yusuf sesekali melontar jenaka. Terutama mengenai beberapa insiden panas dan kontroversi yang pernah melanda beliau.

Malaysia adalah salah satu negara yang menjadi destinasi kesukaan Sheikh Yusuf. Katanya banyak kenangan, seperti dia mengingatkan saya yang lagu 'A is for Allah' diilhamkan sewaktu bercuti di Kuala Trengganu.

Bersambung...