Friday, August 06, 2010

Misi Ramadhan di Gaza (II)



Alhamdulillah, hari ini, saya akan berangkat ke Gaza untuk misi Ramadhan dengan penuh keinsafan. Jutaan terima kasih kepada yang telah memberi sokongan dan memanjangkan doa agar kami selamat pergi dan kembali.

Sesungguhnya, misi kali ini amat berlainan sekali dan cukup berbeda. Pemergian ke daerah konflik yang penuh tragidi penuh dengan kemungkinan. Sesungguhnya Allah juga Yang Maha Mengetahui.


Terima kasih semua yang membeli 'Dotkomania' dan trilogi 'Aotearoa'

Pada mereka yang telah membeli kumpulan cerpen 'Dotkomania' dan antologi 'Aotearoa' sebagai dana misi ini, hanya Allah yang membalasnya.

Saya sungguh terharu kerana sehingga pagi ini, masih ada yang mahu membeli.



Kami, seramai 44 peserta, akan berlepas dari KLIA, jam 10.10 malam menaiki Royal Jordanian untuk transit di Amman, sebelum berlepas ke Kaherah.

Tidak banyak persiapan, isteria tersayang, Dr Azma seperti biasa menyediakan mana yang perlu. Hanya beberapa helai pakaian untuk dibawa, 'travel light' kerana semuanya tidak pasti apabila berada di sana. Kebetulan, anak sulung, Saifullah yang bakal ke Canada, kami tangguhkan ke bulan Januari, manakala Faidhi meneruskan 'Canadian International Matriculation Programme' di Sunway University College. Muhaimin pula dalam percutian.

Saya terharu dengan prihatin dari sahabat, untuk keluarga yang ditinggalkan sementara ini, hanya saya serahkan kepada Allah SWT untuk menjaga mereka.

Di Gaza, saya ditugaskan mengetuai satu kumpulan untuk menyelidik mengenai 'Hak Asasi dan rangkaian NGO' di Gaza. Kumpulan berempat ini akan menyediakan lapuran mengenai apa yang diperlukan untuk membantu NGO di Gaza dan merangkaikan dengan NGO di Malaysia.

Sekali lagi, doa kalian tetap disanjung dan dihargai.