Monday, August 02, 2010

Dotkomania derma ke Gaza

Oleh Nazmi Yaakob
nazmi@bharian.com.my
2010/08/02

FUDZAIL (tiga dari kanan) bergambar dengan wakil Persatuan Siswazah New Zealand  di Malaysia (PRIZMA) yang membeli sejumlah buku Dotkomania untuk mengisi Tabung Misi Ramadan ke Gaza.

PEMBACA dan peminat sastera tanah air boleh membeli buku sambil menderma untuk Gaza melalui jualan kumpulan cerpen Dotkomania karya Mohd Fudzail Mohd Nor atau lebih dikenali sebagai Fudzail yang dijadikan salah satu cara menabung dana misi ke Gaza, Palestin.

Ini kerana Fudzail bakal menyertai misi Ramadan di Gaza bertema Ramadan March for Freedom anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA).

Misi ini membabitkan misi 40 sukarelawan ke wilayah terjajah itu, akan berlangsung dari 6 hingga 18 Ogos ini dan sehingga kini sebanyak 100 buku Dotkomania sudah terjual untuk dijadikan antara cara menabung dana bagi membiayai kos perjalanan berharga RM6,000.

Fudzail berkata, setiap sukarelawan perlu mengeluarkan sendiri perbelanjaan ke Gaza bagi misi terbabit yang antara tumpuan misi kemanusiaan itu ialah membabitkan keperluan masjid, sekolah dan hospital.

“Saya dipertanggungjawabkan dalam konteks keperluan pendidikan atau sekolah. Saya juga akan mengambil kesempatan daripada misi kemanusiaan ini sebagai salah satu sumber penulisan kreatif dan bukan kreatif, sama ada ketika berada di sana atau selepas pulangnya dari misi berkenaan," katanya kepada Sastera melalui telefon, baru-baru ini.

Fudzail berkata, persediaan mental dan material untuk misi itu juga hampir selesai, tetapi beliau mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai melalui pembelian bukunya, Dotkomania kumpulan cerpen yang mengandungi 42 cerpen.

Kumpulan itu mengangkat persoalan jati diri dan nilai kemanusiaan dalam latar perkembangan pesat teknologi maklumat dan komputer, sekali gus dianggap karya pertama yang memanfaatkan latar berkenaan secara bersepadu.
Fudzail juga memanfaatkan pengalamannya sebagai masyarakat espatriat di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila berhijrah ke negara itu sejak 2000 dalam sebahagian karyanya dalam buku berkenaan.

Beliau pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Hadiah Sastera Utusan-Public Bank, Hadiah Sastera Johor dan Hadiah Karya Sastera, selain menghasilkan kumpulan puisi Waikato yang diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 2001.

Kumpulan cerpen Dotkomania setebal 495 halaman terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berharga RM30 senaskhah itu boleh dibeli melalui laman blognya, 1426.blogspot.com.

Tri­logi­ Aoteroa karya penulis yang sama yang kini dipasaran akan dilancarkan pemimpin kanan negara sekembali Fudzail dari Gaza.