Monday, July 26, 2010

Pelancaran 'Ramadhan di Gaza'

Majlis pelancaran "Ramadhan di Gaza" oleh YAB MB Selangor pada 27 Jul (Selasa) di SACC, Jln Perbadanan 14/9, Shah Alam (sebelah kompleks PKNS), jam 11 pagi, para ahli delegasi (pakaian kemas) sila lapur diri kp Urusetia MAPIM

Sajak- Jalan Lain ke Baitulmuqadis

(sajak ini dari kumpulan puisi kembara ilmu 'Waikato' - Fudzail, terbitan DBP - tahun 2000)

Tunduk seorang tua menangis
bertasbih bagai mengira hari-hari
telah ditinggalkan bumi Palestin
sebagai pelarian terbuang

Datang anak-anak cucu
ingin mendengar cerita lama
tentang di sana lahir peradaban
sebuah bangsa pejuang
dan di sana jua
runtuh bersama saat
keagungan riwayat

Ingin sungguh dia pulang
beriktikaf di al Aqsa agung
namun doanya bagai tersangkut
dijanji sahabat dan saudara
yang hanya bercakaran sesama sendiri
di hujung senjata Yahudi
di telunjuk kafir sekutu yang memagari
setiap ruang tanah yang dicuri

Mungkin telah pekat Mediterranean
dengan darah dan airmata syuhada
telah sepi daratan Timur Tengah
dengan pekikan jihad
dan diatas nama pengganas
canangan dunia hipokrit Barat
mungkin itu jalan lain
untuknya kembali
ke Baitulmuqadis
mengangkat darjat
keagungan riwayat!

Fudzail
1986

Saya menjual buku kumpulan cerpen saya, 'Dotkomania' terbitan DBP sebagai salah satu cara menabung dana misi ke Gaza.

Hanya RM30 senaskah,beri alamat, hantar mesej kpd saya, masukkan wang ke maybank-i, akaun no 162357342634 (Mohd Fudzail bin Mohd Nor), saya akan hantar segera melalui pos.







Kumpulan Cerpen: Doktomania
Penulis: Mohd Fudzail Mohd Nor
Penerbit: DBP

No. KK: 8996211002994101
No. ISBN: 9789834602994
Tahun Terbitan: 2009

Harga Buku: RM30.00
Satu produk Halal. Disamping memberi sokongan kepada dunia sastera Malaysia, menyumbang untuk rakyat Palestin yang tertindas.

Terima kasih kerana membeli 'Dotkomania' (sedekah pada Palestin)


Salam, pd yg menempah 'Dotkomania, tetapi masih belum beri alamat, hantar mesej kpd saya, masukkan wang ke maybank-i, akaun no 162357342634 (Mohd Fudzail bin Mohd Nor), saya akan hantar segera melalui pos











Kumpulan Cerpen: Doktomania

Penulis: Mohd Fudzail Mohd Nor
Penerbit: DBP

No. KK: 8996211002994101
No. ISBN: 9789834602994
Tahun Terbitan: 2009
Harga: RM30.00