Tuesday, July 13, 2010

Tiada yang Mustahil

Semua mimpi itu mungkin
direalisasikan oleh tekad
tiada yang mustahil
dalam perjalanan usia
yang semakin pendek
biar sekadar transit
tanpa destinasi
dan resolusi

Jatuh bangun adalah permainan
realiti mengubah kehidupan
melangkah lagi, mencabar keadaan
bebaskan dari mengikut arus
sekadar dalam lingkaran selamat
tanpa risiko, tanpa mencapai
keredhaan

jadilah pemula, pengubah keadaan
bangkit dengan kesedaran
hidup itu bernilai
sehingga nafas terakhir
dan kematian
adalah permulaan!

Fudzail
Colombo, Sri Lanka
13 Julai 2010