Thursday, November 25, 2010

Reunion dengan Yusuf Islam - di Kuala Lumpur



24 November adalah hari ulang tahun kelahiran isteri saya, Dr. Azma Abdul Malek yang berada di Dubai bersama Muhaimin, dan juga hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke 19.

Begitu masa berlalu dan alhamdulilah dengan rezeki yang dikurniakan. Saya dan dua orang lagi anak, Saifullah dan Faidhi berada di Kuala Lumpur.

Pagi Rabu 24 November 2010, saya bertemu kembali dengan Dr Sheikh Yusuf Islam, pernah atau lebih dikenali sebagai Cat Stevens di Kuala Lumpur, Menyambutya di KLIA, tiba dari Dubai.

Ironinya, kami sama-sama menghuni kota yang sama sejak lima tahun lalu, cuma tidak kesempatan bertemu oleh kesibukan. Beliau banyak menghabiskan masa di merata tempat, terutama Amerika Syarikat.

Sheikh Yusuf seperti biasa, ramah sekali, Kami berpelukan lama, bertanya kabar. Manakala isterinya, Puan Fauziah juga seperti biasa, bertanya kabar isteri dan anak-anak. Perasaan gembira dan terharu kerana kemesraan masih sahaja seperti masa lalu.

Memang sudah lama kami tidak bertemu. Seperti kata Sheikh Yusuf, masa berlalu dengan cepat dan hubungan kami dijarakkan oleh situasi berbeda. Sebagai pengurus beliau satu masa dahulu, boleh dikatakan, hubungan kami memang rapat kerana beliau memberikan begitu banyak amanah kepada saya.

Sepanjang hampir sejam perjalanan ke pangsapuri, kami berbual panjang, tentang apa sahaja termasuk nostalgia masa lalu. Sheikh Yusuf sesekali melontar jenaka. Terutama mengenai beberapa insiden panas dan kontroversi yang pernah melanda beliau.

Malaysia adalah salah satu negara yang menjadi destinasi kesukaan Sheikh Yusuf. Katanya banyak kenangan, seperti dia mengingatkan saya yang lagu 'A is for Allah' diilhamkan sewaktu bercuti di Kuala Trengganu.

Bersambung...

No comments: