Monday, January 04, 2010

Burj Dalam diri




Ke langit menegak ego
merentas gelap angkasa
itulah ikon peradaban
membawa mimpi-mimpi
terbang ke persada persepsi
terapung dan mengepung
satu generasi gurun
sesat di kerlipan bintang-bintang.

Ke bumi rebah emosi
bertempiaran bunga api
melontar abu-abu dirham
percikan realiti semasa
sebagai debu-debu ekonomi
mewarna ruang kelabu
menyergah hati pendatang
yang masih belum pulang.

Ke laut belayar imaginasi
berbayang gelombang hipokrasi
membentuk imej-imej superfisial
tumbuh ikon ke serata arah
dari pasir dan kredit melimpah
sebagai kemuncak superlatif
yang membaham tunjang rohani
sebuah jasad kehilangan identiti.

Fudzail
Dubai, UAE
Jan 4, 2010

1 comment:

Pentilium5 said...

excellent fireworks! hope that the burj bring prosperity to Dubai, and ecological balance....