Thursday, December 31, 2009

Antologi Dotkomania kini di pasaran

Kumpulan Cerpen: Doktomania
Penulis: Mohd Fudzail Mohd Nor
Penerbit: DBP

No. KK: 8996211002994101
No. ISBN: 9789834602994
Tahun Terbitan: 2009

Harga Buku: RM30.00

Harga Kami: RM24.00
Jimat: RM 6.00 ( 20% )

Klik di SINI

Dasawarsa Berlalu

6_bz_construction_palm_5.jpg
Berdiri dari pasir saujana
sebuah arca kehidupan
perjalanan diluar mimpi
menghias peradaban silikon
di sini, dasawarsa berlalu
menjadi kilauan fatamorgana
yang menganjak warna ruang
dari langkah anak desa
ke permukaan buana.
Burj Dubai
Hati menjamah suasana
kitaran dari saingan global
sentimental dalam paradoks
ironi merubah destini
di sini, dasawarsa bermula
sebagai hikayat seribu perspektif
yang mengolah puisi-puisi
setelah sumpah anak desa
terkubur di samudera maya
Newyear3
Melambai sayup kejauhan
sinaran bumi bertuah berbayang
bersama alunan keroncong
mengalun gelombang warisan
di sini, dasawarsa bercambah
merantai wajah-wajah memori
sebagai imej-imej perasaan
kerana masa depan itu
adalah hari ini di mana-mana!

Fudzail
Al Twar 3, Dubai, UAE
3 Disember 2009