Saturday, December 05, 2009

Bukan Fatamorgana

Hiasan dari batu dan kaca
sombong menerojah angkasa
di sini, bukan fatamorgana
memerangkap dunia ilusi
setelah merangkai imej-imej
kosmopolitan globalisasi
menghias seribu mimpi
saujana gurun yang menghijau
dibalik kilauan glamour
dengan jejak-jejak kapitalis

Kata-kata dari puisi dan syair
santun menyelimut lautan
di sini, bukan fatamorgana
ruang rimba superfisial
yang merentas hipokrasi
warisan kabilah tanpa identiti
mewarna gegar realiti
bukit dan pulau jadian
tiba-tiba ego tersungkur
karam dalam tsunami ekonomi!

Fudzail
Burj Dubai, 4 Dis 2009.