Benarlah kata Plato,
"One of the penalties for refusing to participate in politics is that you end up being governed by your inferiors."
Politik parti politik, politik dunia korporat, politik kampus, politik persatuan sukan, politik pejabat, hatta politik masjid adalah sebahagian dari kehidupan yang tidak boleh dielakkan.Dari taraf kepimpinan negara ke taraf cawangan kampung, politik menjadikan bumi berputaran. Tanpa politik, ramai orang akan kebulur dan mati berangan. Tanpa politik, kita hanyalah sebuah komuniti yang dangkal.
Dari jutaan warga Malaysia, kita tidak kurang intelek dan ilmuwan yang hebat. Kita mempunyai ramai golongan cerdik pandai yang mahu sama-sama membangunkan tanahair. Tetapi salah satu resepi untuk berjaya ialah politiking dalam apa saja bidang.
Kalau tidak mahu berpolitik, kita terkeluar dari permainan yang salah satu syaratnya ialah mempunyai Phd..perasaan hasad dengki.
Tikam menikam dan berbomohan juga melengkapkan perjuangan apa saja, ketuanan Melayu, 1Malaysia...apa saja yang sekadar slogan dan gimik politik. Tanpa 'substance' dan arah tuju yang berlandaskan syariat.
Seperti kata Plato, dengan ramai intelektual yang menarik diri dari politik, kepimpinan yang ada dalam apa sahaja bidang, terutama di peringkat perdana, dikuasai oleh mereka yang rendah tahap pendidikan, moral dan ruang lingkup perjuangan (sekadar untuk perut dan survival diri).
Salah siapa?
