Sunday, September 27, 2009

New Zealand 2009

kilauan bayang-bayang
menerojah ruang
hitam putih kelabu
menyegar suatu waktu
di sini, tanah berbudi
merakam seribu memori

masih warna angin
menyusup musim dingin
setiap yang bergerak
terus menjarak
di sini, sendiri mengukur
simpang-siur

menyapa pada realiti
superfisial dalam diri
imej-imej itu kembali
suara-suara terus bernyanyi
di sini, remaja yang pergi
indah bersemadi

Fudzail
Auckland
27 Sept 2009