Tuesday, July 14, 2009

Ismailiyah Vs Mamak di Jalan Masjid India

Dalam percutian kali ini, selain melihat anak-anak Aceh mampu bersaing di Jalan TAR dan Masjid India, saya juga diberitahu mengenai satu pertembungan bisnes yang kian hebat, diantara puak shiah Ismailiyah dan puak Mamak di jalan Masjid India.

Saya memang biasa dengan shiah Ismailiyah di Dubai kerana mereka ini aktif dan mempunyai sekurangnya dua pusat ibadat Ismailiyah yang besar. Pernah dalam tahun 2003 ada perhimpunan besaran di Dubai dengan kehadiran hampir 50 ribu pengikut Ismailiyah.

Ismailiyah

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Ismailiyah (bahasa Arab: الإسماعيليون al-Ismā'īliyyūn; bahasa Urdu: اسماعیلی Ismā'īlī, bahasa Persia: اسماعیلیان Esmā'īliyān) adalah mazhab dengan jumlah penganut kedua terbesar dalam Islam Syi'ah, setelah mazhab Dua Belas Imam (Ithna 'Asyariah). Sebutan Ismailiyah diperoleh pengikut mazhab ini kerana penerimaan mereka ke atas keimaman Isma'il bin Ja'far sebagai pewaris dari Ja'far ash-Shadiq. Pengikut mazhab Ithna 'Asyariah, di lain pihak menerima Musa al-Kadzim sebagai Imam mereka. Baik Ismailiyah mahupun Ithna 'Asyariah sama-sama menerima keenam enam Imam Syi'ah terdahulu, sehingga memiliki banyak persamaan pandangan atas sejarah awal mazhabnya.

Teologi Ismailiyah pernah menjadi yang terbesar di antara mazhab-mazhab Islam Syi'ah, dan mencapai puncak kekuasaan politiknya pada masa kekuasaan Bani Fatimiyah pada abad ke-10 sampai dengan ke-12 Masihi.

Ajaran Ismailiyah, yang juga dikenal dengan nama mazhab Imam Bertujuh, berkembang menjadi sistem kepercayaannya sekarang setelah Imam Muhammad bin Ismail meninggal; atau "menghilang" sebagaimana kepercayaan pengikut Ismailiyah. Ajaran Ismailiyah memiliki ciri penekanan pada aspek batiniah (esoterik) dari agama Islam. Dibandingkan dengan perkembangan ajaran Imam Dua Belas yang pemikirannya berorientasi kepada aspek lahiriah (eksoterik), iaitu akhbar dan ushul, maka dapat dikatakan ajaran Syi'ah berkembang ke dua arah yang berbeza: ajaran Ismailiyah yang lebih menekankan kemestisan sifat Imam dan kemistikan jalan menuju Allah, dan ajaran Imam Dua Belas yang lebih menekankan pemahaman atas syariah dan sunnah dari Ahlul Bait.

Meskipun terdapat beberapa kelompok pecahan dalam Ismailiyah, sekarang istilah ini umumnya digunakan untuk menyebut komuniti Nizari. Mereka adalah pengikut dari Aga Khan, yang merupakan kelompok Ismailiyah dengan jumlah penganut terbesar. Di antara kelompok-kelompok yang ada memang terdapat perbezaan dalam hal kebiasaan ibadah lahiriah, akan tetapi umumnya secara teologi spiritual tetap sesuai dengan kepercayaan imam-imam awal Ismailiyah. Kaum penganut Ismailiyah umumnya dapat ditemui di India, Pakistan, Suriah, Lebanon, Israel, Arab Saudi, Yaman, China, Jordan, Uzbekistan, Tajikistan, Afghanistan, Afrika Timur, dan Afrika Selatan. Pada beberapa tahun terakhir, sebagian diantara mereka juga berimigrasi ke Eropah, Australia, New Zealand, dan Amerika Utara.

Menurut seorang sahabat, pengikut Ismailiyah kini membeli banyak bangunan di Jalan Masjid India, seperti mana juga para Mamak. Persaingan yang memberi wajah baru pada kuasa ekonomi di pusat membeli-belah yang terkenal dan popular untuk orang-orang Melayu.

Apabila pengikut Ismailiyah membeli mana-mana bangunan, mereka akan sedaya upaya akan menghalau mana-mana peniaga Mamak. Sahabat itu menunjuk beberapa bangunan yang telah dipunyai oleh pengikut Ismailiyah dan memang tiada kedai mamak atau hanya satu dua (yang masih belum kena halau).

Saya tidak pasti kebenaran itu, tetapi rasanya perseteruan ini bermula dari Asia Selatan lagi.

Maka, dengan persaingan antara Ismailiyah, Mamak dan Aceh di Jalan TAR dan masjid India, apakah kek ekonomi untuk Bumiputera atas dasar ketuanan Melayu dan kini 1Malaysia, hanyalah sekadar omongan berterusan?

Atau mungkin mereka yang dikenali sebagai Ismailiyah, Mamak dan Aceh akan dimasukkan sebagai bertaraf BUMIPUTERA?