Monday, June 01, 2009

Di Luar Sana

di luar sana
rimba dan gurun
lorong dan lebuhraya
hujan dan panas
pilihan yang menanti
destini dan destinasi
pahit dan manis
hitam dan putih
realiti perjalanan hayat
paparan kedewasaan

di luar sana
jalan atau berlari
jatuh atau bangun
senang atau susah
takdir bukan alasan
kalah atau menang
berjaya atau gagal
hebat atau lemah
sureal perjuangan mental
saujana kehidupan

di luar sana
kau sekadar nama
statistik yang mewajah
persaingan kemanusiaan
doa, tawakal, usaha
tidak seindah mimpi remaja
segalanya menjadi tapak
nilai setiap nafas
ke syurga atau neraka!

Fudzail
Gardens, Dubai
1 Jun 2009