Friday, May 22, 2009

Iskandar Malaysia - Bahasa Melayu dan Kadar Jenayah

Salah satu perkara yang saya kurang senang mengenai Iskandar Malaysia ialah, laman web Iskandar dan IRDA tidak mempunyai versi Bahasa Melayu.

Ini merupakan penghinaan terhadap bahasa sendiri. Sudahlah bahasa Melayu tidak diiktiraf sebagai bahasa pengajaran sains dan matematik, malah tidak bernilai langsung rupanya untuk digunakan di laman web para pendukung dan penganjur Iskandar Malaysia.

Apakah Iskandar Malaysia ini tidak mempunyai tempat untuk bahasa sendiri? Nama-nama projek pun banyak berbaur asing. Sebenarnya nama-nama tempatan selalunya eksotik untuk orang luar.

Apakah salahnya mempunyai versi untuk bahasa Melayu. Berapakah sangat kos tambahan. Juga apalah salahnya ada versi dalam bahasa Arab, Mandarin, Hindi atau Jepun?

Lebih melucukan, borang skim Malaysia sebagai rumah kedua, bahasa Melayu digunakan dengan terjemahan bahasa Inggeris. Sewaktu borang-borang skim ini diedarkan di Cityscape Abu Dhabi dua bulan lalu, seorang yang berminat bertanya, kenapa tidak ada dalam bahasa Arab?



Najib Tun Razak diberi penerangan mengenai projek pembangunan dalam Iskandar Malaysia sambil diperhatikan oleh Abdul Ghani Othman, Mustapha Mohamed dan Mohamed Nor Yakcop sempena lawatan rasmi pertama Perdana Menteri dan Taklimat Pembangunan Iskandar Malaysia ke Pusat Pentadbiran Kota Iskandar, Nusajaya, semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

Begitupun, apa yang paling menarik ialah kadar jenayah di Iskandar Malaysia, seperti yang terpapar di laman web IRDA sendiri. SINI

Kadar jenayah yang meningkat ini boleh menyebabkan pelabur lari walaupun 40 bilion dikatakan sudah dijanjikan untuk dilaburkan, peningkatan jenayah 15% dalam masa dua bulan tahun ini!

INI TIDAK TERMASUK LAGI BAB RASUAH DAN PENYELEWENGAN......



FEB 2009 MAR 2009 +/- %
VIOLENCE CRIME 443 532 89 20.09
TOTAL 1815 2090 275 15.15

Comparison of Crime Index JAN-FEB 2009




FEB 2009 MAR 2009 +/- %
SOUTHERN J.BAHRU 391 464 73 18.67
SRI ALAM 328 385 57 17.38
NORTHERN J.BAHRU 279 328 49 17.56
NUSAJAYA 115 105 -10 -8.70
KULAI JAYA 91 120 29 31.87
TOTAL 1204 1402 198 16.45